seismik

Wanita Kongsi Kisah Pergi UTC Nak Buat Kad Pengenalan Baru Tapi Ada Pula Plot Twist

Dia punya twist tu memang kelakar.

Cover image via @alisaramli23_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, kad pengenalan atau MyKad merupakan kad yang paling penting untuk seluruh rakyat Malaysia

Setiap warganegara mempunyai sebuah kad pengenalan bagi menyelesaikan urusan penting dan juga tanda identiti sebagai rakyat Malaysia. Jadi apabila kad pengenalan hilang atau rosak, kita perlu menghadirkan diri ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

Namun, lain pula yang jadi apabila seorang individu berkongsi pengalamannya ke UTC bagi membuat kad pengenalan baru bertukar menjadi lain telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Nak pergi UTC buat kad pengenalan baru tapi terlajak pergi ke JPJ

Menerusi video yang dimuat naik oleh @alisaramli23_ di TikTok, kelihatan seorang wanita sedang membawa kereta sambil merakam dirinya sendiri. 

Dalam video itu, dia dilihat berkongsi pengalamannya ke UTC Keramat bagi urusan membuat kad pengenalan baru selepas MyKadnya hilang. Apa yang menarik perhatian adalah ketika dia mengambil nombor di pejabat tersebut, dia telah terdengar seorang mak cik berborak tentang roadtax.

Hal itu membuatkan dia pelik kerana setahunya, tempat itu adalah JPN. Namun, ternyata selepas dia melihat kembali signboard di situ, tertera nama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyebabkan dia tersilap tempat.

"Jujurnya aku baca mula-mula aku kesian kat mak cik tu sebab masuk JPN nak buat roadtax. Plot twist mat"- Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 83.3K views, 4,032 likes dan 93 comments di TikTok. 

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur membaca kisah ringkas wanita itu dan memberi pelbagai komen mengenainya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Jadi macam mana akak? Dah boleh buat kad pengenalan baru tak? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: