"Duit Boleh Dicari, Sahabat Tiada Ganti" - Persahabatan Pak Cik Ini Buat Ramai Sebak
Terharu tengok persahabatan pak cik ini.
Sahabat adalah sosok teman terdekat yang memahami rakannya
Mereka juga sanggup berkorban untuk sahabat mereka dan menghadapi kesukaran dan kesenangan dalam kehidupan bersama-sama. Dengan kehadiran mereka, hidup ini lebih berwarna-warni dan gembira.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang pak cik bertemu sahabat lamanya telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menangis suap makanan pada sahabat yang mempunyai masalah penglihatan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @fan.tqf2 di TikTok, kelihatan seorang pak cik berkopiah sedang menyuapkan makanan ke dalam mulut sahabatnya di sebuah rumah.
Difahamkan, sahabatnya itu merupakan seorang askar bersara yang mempunyai masalah penglihatan yang semakin menurun sehingga 90%.
Katanya, pada mula pak cik baju maroon itu menikmati makanannya sendiri namun kerana kuantiti yang disuap tersebut amat sedikit kerana penyakitnya, pak cik baju hitam itu mengambil keputusan untuk menolong dan menyuapnya.
Dalam video itu, pak cik tersebut dilihat tidak dapat menahan sebak ketika menyuapkan mee goreng. Kemudian, dia tetap menguatkan diri dengan masukkan makanan berkenaan dalam mulut sahabatnya itu.
"Dapat merasai bagaimana perasaan dua sahabat rapat yang terlalu baik, terlalu banyak kenangan semasa bertugas, ni baru dapat jumpa. Terlalu sedih. Sebak" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.2M views, 126.1K likes dan 7,747 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihat pertemuan antara pakcik ini.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Admin pun turut menangis tengok. Apa-apa pun, semoga persahabatan mereka kekal sehingga ke Jannah :(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!