seismik

Wanita Britain Yang Label Nasi Lemak Sangat Teruk Buat 'U Turn' Lepas Rasai Sajian Sebenar

Haaa baru hang tau!

Cover image via Twitter @KatieMorley_

Baru-baru ini, seorang wanita Mat Salleh yang merupakan wartawan Britain 'diserang' oleh rakyat Malaysia selepas memberi rating 0/10 terhadap Nasi Lemak

Wanita berkenaan, Katie Morley menerusi Twitter melabel Nasi Lemak sebagai hidangan yang 'sangat teruk', siap dengan rating 0/10 lagi.

Katie dijamu dengan hidangan Nasi Lemak tersebut ketika dalam penerbangan 13 jam bersama British Airways.

Sehari selepas tweet tersebut viral, Katie berkata dia tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak

Katie turut berkata British Airways jelas sekali tidak menghidangkan Nasi Lemak versi sebenar dan dia berharap untuk mencuba 'the real thing' satu hari nanti.

Katie kemudian membuat keputusan untuk menjamu selera di sebuah restoran Malaysia di London.

Kali ini, tanggapannya terhadap Nasi Lemak terus bertukar.

"You are right, it’s delicious!" tulis Katie di Twitter.

Dia turut memuat naik sekeping swafoto dan sekeping gambar hidangan Nasi Lemak sebenar yang dinikmatinya di restoran berkenaan.

Katie menikmati hidangan Nasi Lemak tersebut di Zheng yang terletak di Chelsea

Image via Zheng Chelsea

Restoran Zheng mengkhususkan menu masakan Malaysia tetapi mereka juga menyajikan hidangan dari bahagian lain di Asia.

Menurut laman web Zheng, sepinggan hidangan Nasi Lemak yang disajikan dengan Rendang Ayam berharga GBP14.90 (RM79.16).

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Semuanya bermula di sini:

You may be interested in: