seismik

Netizen Berang Mat Salleh Ini Mengamuk Dapat Nasi Lemak Dalam Penerbangan. Siap Hina Lagi!

Ibarat membuat pengumuman kepada orang awam, Katie telah melabel hidangan tersebut yang ternyata adalah nasi lemak sebagai 'sangat teruk', siap dengan rating 0/10 lagi.

Cover image via Twitter & One Mile At A Time

Jika bunga raya menjadi bunga kebangsaan Malaysia, nasi lemak pula seharusnya dilabel sebagai makanan kebangsaan negara ini

Sebagai rakyat Malaysia sejati, ramai yang membesar dengan nasi lemak. Bahkan hidangan ini boleh dianggap sajian ruji tatkala sarapan pagi yang selalunya lengkap dimakan bersama secawan teh tarik.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Terbaek Net

Dengan rasa nasi yang lemak dan beraroma dan digaul bersama sambal ikan bilis, telur rebus ataupun telur goreng, kacang goreng serta timun, setiap suapan terasa begitu nikmat sekali sehinggalah ke suapan terakhir.

Jadi sebagai rakyat Malaysia, pasti akan terasa panas hati apabila ada yang cuba merendahkan martabat nasi lemak, seperti yang terjadi baru-baru ini.

Tular di laman sosial apabila seorang wanita Caucasian 'mengamuk' setelah dihidangkan nasi lemak ketika menaiki penerbangan 13 jam bersama British Airways

Menerusi laman Twitter, Katie mempersoalkan mengapa syarikat penerbangan tersebut menghidangkan dia nasi berlauk ayam 'kari' beserta dengan ikan bilis dan telur rebus.

Ibarat membuat pengumuman kepada orang awam, Katie telah melabel hidangan tersebut yang ternyata adalah nasi lemak sebagai 'sangat teruk', siap dengan rating 0/10 lagi.

Susulan adanya tweet tersebut, apa lagi, rata-rata pencinta nasi lemak mula 'menyerang' Katie sambil membela hidangan itu

Mereka mempersoalkan semula deria rasa Katie di samping marah kerana menghina nasi lemak walhal dia sepatutnya hormat pada hidangan berkenaan yang dianggap makanan kebangsaan rakyat Malaysia.

Meskipun begitu, terdapat sebilangan warganet yang akur dan setuju bahawa presentation nasi lemak yang dihidangkan oleh British Airways tidak begitu menyelerakan dan tidak menggambarkan nasi lemak yang sebenar.

Bahkan, siap ada lagi yang meletakkan gambar nasi lemak di ruangan reply tweet Katie itu.

Bukan itu sahaja, seorang YouTuber dari Britain, Darren Cronian, yang sebelum ini telah terbang ke Malaysia semata-mata kerana mengidamkan nasi lemak juga telah meninggalkan komennya berkenaan isu ini. 

Menurutnya, dia faham tentang situasi tersebut kerana tidak ramai rakyat Britain yang tahu perihal nasi lemak. Menariknya, di dalam komennya dia turut berseloroh inginkan hidangan itu sekarang juga!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca sini bagaimana Darren gigih terbang dari Greece ke Malaysia semata-mata inginkan nasi lemak!

Bukan itu sahaja, Darren kini ingin ke Malaysia semula kerana hendak try burger Ramly pula:

You may be interested in: