Wanita Malaysia Terlepas Pergi Luar Negara, Anak Lukis Dinosaur Senyap-Senyap Pada Pasport

Mungkin anak dia nak ajak pergi Jurassic Park.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita Malaysia terkedu setelah mendapati anaknya yang berusia tiga tahun menconteng pasport miliknya hanya beberapa jam sebelum dia dijadualkan terbang ke luar negara untuk urusan kerja

Berkongsi pengalaman itu di Threads, wanita itu berkata dia sedang sibuk mengemas bagasi pada pagi 6 Jun semasa anak lelakinya itu berjaya mendapatkan pasportnya tanpa disedari.

Sebaik sahaja menyedari apa yang telah berlaku, semuanya bagaikan sudah terlambat apabila pasport itu telahpun selamat 'diterokai' anaknya.

"Hati nak nangis. Flight malam ni, tengah packing-packing, si kecik sebok menconteng passport, tak perasan bila dia capai passport ni," katanya.

Dalam sebuah perkongsiannya yang lain, anaknya dilihat dengan gembira memegang pasport, yang telah dihiasi lukisan dengan pen berdakwat biru.

SAYS.com
Image via @empatdua.ebonylane (Threads)

Dia kemudiannya bergegas ke Imigresen, berharap pasport itu masih boleh digunakan

Kemudian pada sebelah petang, wanita itu menuju ke Jabatan Imigresen, berharap 'hasil seni' itu tidak mencukupi untuk menjadikan pasport itu tidak sah.

Pada mulanya dia pergi ke cawangan jabatan itu di Kajang sebelum diarahkan ke Putrajaya untuk penilaian lanjut.

Malangnya, pegawai imigresen mengesahkan kerisauannya yang paling besar di mana pasport itu telah diklasifikasikan sebagai rosak dan tidak lagi boleh digunakan untuk perjalanan.

Lebih memburukkan lagi keadaan, disebabkan hari tersebut merupakan hari Sabtu, dia tidak dapat segera memohon penggantian kerana pegawai penyiasat yang diperlukan untuk proses itu tidak tersedia.

Ini bermakna dia perlu menunggu sehingga Isnin sebelum perkara itu dapat diselesaikan. Akibatnya, dia terpaksa melepaskan penerbangan yang telah dijadualkan.

SAYS.com
Image via @empatdua.ebonylane (Threads)

Perubahan penjadualan penerbangan itu menelan belanja RM620

Wanita itu kemudiannya pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk melihat sama ada syarikat penerbangannya boleh membantu menyelamatkan rancangan perjalanannya.

Dia akhirnya berjaya menjadualkan semula penerbangan Qatar Airways ke petang Isnin, tetapi perubahan itu memerlukan kos. Menurutnya, dia terpaksa membuat bayaran tambahan RM620 untuk menukar tempahannya.

Meskipun terkesan dengan apa yang telah berlaku, ibu itu memilih untuk melihat sisi lucu situasi berkenaan. Dia menyifatkan bahawa mungkin anaknya hanya mahu beberapa hari lagi bersamanya sebelum dia pergi.

Wanita itu juga mengucapkan terima kasih kepada pegawai imigresen yang bertugas di Putrajaya kerana membantunya sepanjang proses tersebut.

Walaupun kelewatan yang tidak dijangka itu menyebabkan dia kehilangan masa dan wang, dia percaya mungkin ada hikmah mengapa keadaan berlaku seperti itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: