Wanita Terjumpa Iklan Bilik Mandi Ditukar Menjadi Bilik Sewa RM950 Sebulan Di Bukit Bintang

RM950 hanya untuk menyewa bilik air.

Enlarge text
Cover ImageCover image via mudah.my

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dasar kapitalis! Inilah yang dikatakan oleh netizen setelah melihat perkongsian bilik sewa yang pada asalnya sebuah bilik air

Iklan bilik sewa ini telah mendapat perhatian selepas perkongsian oleh @missfawaa di Threads ketika dia sedang mencari bilik sewa di kawasan Bukit Bintang.

Alangkah terkejutnya dia telah terjumpa satu iklan menunjukkan bilik air yang telah diubah menjadi bilik tidur.

"Tengah mencari bilik untuk disewa, terjumpa ini. Tergamak ya buat tandas sebagai bilik untuk bagi sewa dekat orang," katanya.

SAYS.com
Image via @missfawaa / Threads

'Bathtub' jadi katil, pakej dua dalam satu

Ketika melayari laman web mudah.my, missfawaa telah terjumpa bilik sewa dengan harga RM950 yang sebenarnya adalah bilik air kerana mempunyai singki, pengering tangan, ditambah dengan satu meja solek dan tilam yang diletakkan di atas satu pelantar kayu.

Apabila diamati gambar tersebut, tilam itu sebenarnya diletakkan di atas tab mandi yang ditutup dengan pelantar kayu untuk ditukarkan menjadi katil.

SAYS.com
Image via mudah.my

Ramai netizen tidak menyangka ada manusia yang tergamak menyewakan bilik mandi yang ditukarkan kepada 'bilik sewa'.

"Bawah tilam ada bathtub tu.. All in package.. Xperlu berebut dgn org lain"

"Mahal plak tu"

"RM950 untuk sewa bilik air, boleh sewa 1 rumah dekat tempat lain"


Dalam ciapan yang sama, terdapat seorang lagi pengguna berkongsi tawaran menyewa di Bukit Bintang tetapi kali ini kawasan dapur pula yang diubah menjadi bilik dengan tambahan katil dan almari yang betul-betul berada di sebelah singki besi dapur.

SAYS.com
Image via @ayanggomez / Threads

Melihat kepada rekaan jubin dan singki, ramai menyatakan ia sebenarnya adalah di dalam sebuah hotel lama yang ada di sekitar Bukit Bintang tetapi menukarkan bilik tersebut menjadi "bilik sewa".

Berkemungkinan besar bilik sewa ini adalah iklan untuk mencari penyewa warga asing yang tidak kisah untuk tinggal dalam keadaan begitu.

Setelah dicari di laman web iklan tersebut, tawaran untuk menyewa bilik masih lagi dibuka sejak 13 April 2026 lagi.

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: