Peluang Keemasan Diberikan Untuk Peserta #Watsonsmti Yang Telah Tersingkir. Ini Caranya...
Memang tak sah lah kalau tak ada gimik dan surprise elemen, bukan? :)
Semakin hari semakin panas!
Kini, debaran #watsonsmti kian terasa selepas enam orang finalis diumumkan pada minggu lalu.
Bukan setakat itu sahaja, enam para finalis tersebut juga bakal diberikan elemen kejutan yang begitu dahsyat dan mendebarkan. Harap-harap mereka mampu untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam pertandingan #Watsonsmti ini!
Siapalah agaknya yang bakal terpilih kan? Excited pula nak tahu!
Sebelum itu, lihat dahulu senarai enam orang peserta #Watsonsmti yang telah berjaya menjadi pemenang pada minggu lepas
Memang hebat dan kreatif sangat mereka semua ini! Mesti ramai yang pening nak pilih yang mana, bukan?
Eh, bukan setakat itu sahaja ya. Enam orang finalis ini juga HARUS melakukan pusingan yang dipanggil Bonus Round untuk #Watsonsmti ini. Apa pula ni?
Walaupun mereka sudah berjaya dipilih sebagai enam finalis ke peringkat ini, tidak bermakna mereka sudah selamat ya. Baru nak tarik nafas lega, ada pula surprise elemen yang diberikan.
Alamak, apa pula yang perlu mereka lakukan selepas ini? Lihat video penuh di bawah:
Untuk cabaran kali ini, top enam finalis yang telah diumumkan minggu lepas perlu berentap semula dengan enam peserta yang tersingkir pada cabaran sebelum ini.
Apa yang mereka perlu lakukan adalah setiap peserta perlu muat naik satu video paling kreatif ketika membeli-belah di mana-mana cawangan Watsons yang terdekat. Nak menarik, menyanyi, bergolek, semuanya boleh!
Selepas itu, jangan lupa untuk pastikan semua hashtag yang diperlukan ada pada post tersebut iaitu: #watsonsmti dan mention @ohbulanofficial dan @watsonsmy.
Ingin tahu siapa finalis yang sudah berjaya melaksanakan pusingan Bonus Round ini? Lihat senarai di bawah:
Ini merupakan peluang terbaik buat para peserta yang telah tersingkir untuk kembali raih gelaran sebagai juara Watsons Malaysia's Top Influencer. Fuh, makin mencabar sungguh!