WhatsApp Perkenal Fungsi Username, Gantikan Nombor Telefon Dalam Kemaskini Baharu

Ciri ini dikatakan dapat melindungi privasi nombor telefon pengguna daripada orang yang tidak dikenali.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Meta mengumumkan kemas kini privasi besar-besaran untuk WhatsApp yang tidak lama lagi akan menghapuskan keperluan berkongsi nombor telefon peribadi dengan orang yang tidak dikenali

Menurut AFP, syarikat teknologi itu memaklumkan pada Isnin, 29 Jun, bahawa pengguna tidak lama lagi akan dapat menggunakan username yang unik untuk berhubung menggunakan WhatsApp.

Ciri ini bermaksud nombor telefon anda kekal tersembunyi apabila anda dimasukkan ke group chats yang besar atau menghantar mesej kepada akaun perniagaan buat kali pertama.

SAYS.com
Image via New Straits Times / AFP

Untuk memastikan keselamatan, Meta mengesahkan bahawa tiada direktori awam yang boleh ditemui

Hal ini bermakna, orang ramai mesti mengetahui username yang tepat untuk dihubungi.

Dengan lebih tiga bilion pengguna di platform terbabit, untuk mencipta username istimewa pilihan pengguna mungkin sukar.

Walau bagaimanapun, Meta berkata pencipta kandungan, perniagaan kecil dan organisasi boleh menggunakan username yang telah mereka gunakan di Facebook atau Instagram.

WhatsApp merancang untuk melancarkan tempahan username secara beransur-ansur secara global dalam beberapa bulan akan datang.

Pengguna akan menerima notifikasi menerusi aplikasi sebaik sahaja ciri tersebut tersedia di negara masing-masing.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: