Nak 'Perform' Di Depan Artis Ternama? Sertai Hari #KasiChance Dan Serlahkan Bakat Anda
Inilah masanya nak 'show off' bakat terpendam.
Jumaat lalu, Wrigley’s DOUBLEMINT dan Universal Music Malaysia telah membawa satu acara #KasiChance kepada bakat baru dalam bidang muzik
Berlangsung di Livehouse, TREC KL, acara ini telah menyaksikan 10 bakat muda tempatan mempamerkan persembahan mereka dengan penuh bertenaga di atas pentas.
#KasiChance merupakan satu inisiatif baru daripada Wrigley’s DOUBLEMINT dalam menganjurkan siri persembahan muzik dengan harapan untuk memberi peluang kepada bakat-bakat baru muzik tempatan menunjukkan kebolehan mereka kepada umum.
Hari #KasiChance disokong oleh artis-artis ternama Universal Music Malaysia seperti Bunkface, yang baru sahaja meraikan ulangtahun ke-10 mereka dalam industri muzik tanah air
Selain Bunkface, acara ini turut disokong oleh Nik Qistina, seorang penyanyi berbakat yang mula menyanyi pada usia tiga tahun, DE FAM, sebuah kumpulan gadis berbakat dengan gaya muzik yang unik, dan Fazura, penyanyi dan juga pelakon yang telah memenangi anugerah.
Kesemua mutiara industri muzik ini akan membuat penampilan istimewa untuk #KasiChance kepada bakat-bakat baru dengan menjadi mentor mereka dan membantu menjadikan impian mereka satu kenyataan.
Menariknya, beberapa peserta bertuah akan berpeluang untuk mendapat latihan khusus daripada Universal Music Malaysia!
Semua peserta, semasa pendaftaran, boleh memilih untuk membuat persembahan sama ada pada 13 Januari (dihoskan oleh Bunkface), 20 Januari (dihoskan oleh Nik Qistina dan DE FAM), atau 23 Januari (dihoskan oleh Fazura).
!
Kepada yang berminat, bolehlah mendaftar di www.doublemintmalaysia.com dengan mengisi butiran peribadi untuk peluang menjadi artis ternama
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!