seismik

Facebook & Instagram 'Down' Di Seluruh Dunia Malam Tadi. Ini Kemungkinan Puncanya

Mesti ada yang duk kalut 'refresh' berkali-kali kan?

Cover image via SAYS

Kecoh malam tadi apabila laman Instagram dan Facebook tidak dapat diakses oleh warganet

Kedua-dua laman sosial itu gagal untuk diakses sekitar jam 11.30 malam sehingga jam 1 pagi.

Pengguna Facebook mendapati mereka akan ter'log out' sendiri apabila membuka laman itu manakala Instagram mengalami masalah 'something went wrong', 'couldn't refresh feed' dan 'no internet connection'.

Image via SAYS

Menurut pemeriksaan kami pada laman web penjejak gangguan, Downdetector.com malam tadi menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada 500,000 laporan gangguan untuk Facebook dan lebih 70,000 laporan untuk Instagram, setakat tengah malam, 6 Mac.

Image via Downdetector
Image via Downdetector

Sehingga kini, Meta belum memberi apa-apa kenyataan mengenai gangguan ini. Bagaimanapun, kerosakan kabel bawah laut di Laut Merah mungkin punca ia terjadi.

Melalui laporan CNN, kerosakan kabel laut dalam di Laut Merah menyebabkan gangguan rangkaian telekomunikasi global.

Walaupun tidak begitu jelas bagaimana kabel itu rosak, pegawai kerajaan Yaman memberi amaran bahawa pemberontak Houthi mungkin menyasarkan kabel dasar laut, yang telah memaksa penyedia internet untuk mengalihkan sebanyak 25% daripada trafik internet antara Asia, Eropah dan Timur Tengah.

Hal ini menyebabkan ramai beralih ke laman X untuk mendapatkan kepastian. Namun, seperti biasa ciapan pengguna-pengguna laman X berjaya menjadikan isu tersebut sebagai hiburan

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS

You may be interested in: