“Datuk Eizlan Yusof, Beli Ke Dapat... Baju Tu?” - Gurauan Zizan Cetus Kemarahan Di FFM29
"Datuk Eizlan Yusof, beli ke dapat... baju tu?"
Festival Filem Malaysia ke-29, (FFM29) telah berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam Sabtu lalu dan ia telah diacarakan oleh pelawak terkenal Zizan Razak
Bagaimanapun, sepanjang festival itu berlangsung, Zizan didakwa telah mengeluarkan satu kenyataan seolah-olah menjadikan Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof sebagai bahan jenaka pada malam tersebut.
Pada awalnya Zizan meluahkan rasa kagum dengan kedua-dua aktor terkenal itu. Namun, selepas itu ia mengeluarkan satu kenyataan yang membuatkan ramai orang tertawa.
"Datuk Eizlan Yusof, beli ke dapat... baju tu?" kata Zizan Razak.
Kemudian soalan yang sama juga dikeluarkannya buat Hans Isaac. Wajah Hans Isaac kelihatan serius dan sedikit pun tidak tersenyum dengan gurauan Zizan tersebut.
Setelah itu, Zizan meminta agar penonton tidak salah faham dengan kenyataan tersebut
Bagaimanapun, sewaktu menyampaikan anugerah, Hans Isaac seakan memberi respon terhadap gurauan Zizan dan sejurus kejadian tersebut, beliau telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
"Congratulations to all the winner tonight at festival film malaysia . But we really need to get our film festival act together . I did not even have a seat ready for me when I arrived as a presenter. Next year will be my 25th year in this industry. Having said that , After 30 over feature film as an actor / director / writer & producer ... and winning 3 awards at FFM previously , I don't think the comment by the FFM host zizan was called for. But guess thats the level of comedy the host had tonight!"
instagram.comBukan setakat Hans, malah Afdlin Shauki turut memberi respon terhadap insiden tersebut melalui akaun Instagram miliknya.
Malah, pelakon dan usahawan popular, Datuk Seri Shah Rezza, 55, mengatakan beliau turut terkilan apabila sahabatnya, Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof dijadikan bahan lawak, lapor Harian Metro.
Katanya, pengacara itu mungkin tidak tahu menahu pasal kedudukan Datuk yang dianugerahkan kepada seorang anak seni.
"Kebetulan Sultan Pahang paling banyak menganugerahkan gelaran itu kepada anak seni sebab Tuanku memang meminati seni Melayu," katanya.
hmetro.com.myKatanya lagi, Istana Pahang memang aktif membantu anak seni dan ahli sukan sedari dulu tanpa mengharapkan balasan.
Pelakon era 1980-an itu mendedahkan, ramai tidak tahu pihak istana Pahang sering memberi sumbangan wang kepadanya untuk disumbangkan kepada artis yang sakit dan hidup melarat.
Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan juga dikatakan sering membuat sumbangan ikhlas yang besar kepada masyarakat tanpa publisiti meluas.
Katanya, pihak istana boleh bertindak ke atas sesiapa sahaja jika ia terlalu mengaibkan.
Beliau berpendapat, mana-mana artis yang mendapat gelaran Datuk wajar merasa terhina dengan jenaka yang dilontarkan Zizan.
Namun, dalam laporan BH Online, Zizan mengatakan dia tidak kisah dengan kecaman dan komen negatif netizen terhadapnya
"Saya tak rasa gurauan saya kasar malam ini. Ini kerana saya tahu masyarakat sekarang makin bijak menilai. Saya tidak bergurau melebihi had kerana semuanya yang saya cakap akan ditapis pihak produksi dan mereka tidak bercakap apa-apa mengenai soal itu.
"Tapi jujurnya, setakat ini saya tidak menerima sebarang komen negatif daripada orang sekeliling saya. Ustaz yang memberikan ceramah pun dikatakan menunjuk-nunjuk, apatah lagi artis seperti saya," katanya sewaktu ditemuramah oleh wartawan pada malam tersebut.
Zizan juga tidak berkecil hati dengan status yang dimuat naik Afdlin Shauki mengenai penampilannya berkaca mata hitam pada permulaan acara.