seismik

Wanita Kongsi Fenomena ‘Cross Sea’ Di Teluk Cempedak - “Nampak Indah Tetapi Bahaya”

Fenomena ini dianggap bahaya kerana pergerakan ombak tidak dapat diramalkan dan berpotensi ombak besar muncul secara tiba-tiba.

Cover image via SoleilDawn Skyrose (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular sebuah video seorang wanita bertindak memanggil anak-anaknya selepas mendapati satu kejadian aneh ketika bermandi di pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang

Menerusi perkongsiannya di Facebook, wanita itu menunjukkan corak ombak pantai yang jelas dilihat seperti tanda-tanda fenomena cross sea.

Sebaik sahaja menyedari fenomena itu, dia bertindak memanggil anak-anaknya yang sedang bermain di pantai ketika itu.

"Cuba korang tengok bentuk laut ni nampak tak normal kan, ombak tu datang belah arus tengah ni," katanya sambil menunjukkan keadaan arus ombak.

Cross sea merupakan sebuah fenomena yang jarang berlaku di mana dua arah ombak bertembung mencipta corak seperti grid di permukaan air

Juga dikenali sebagai fenomena square waves, pergerakan ombak ini adalah sesuatu yang sukar dijangkakan malah berisiko tinggi mendatangkan bahaya.

Fenomena ini boleh menyukarkan pergerakan perenang ataupun bot untuk dikemudi sehingga boleh menyebabkan kapal terbalik dan boleh menarik mangsa ke dalam laut disebabkan arus yang datang dari pelbagai arah serentak.

Jika fenomena ini dapat dikesan, orang ramai dinasihati segera keluar daripada berenang di pantai kerana arus yang akan muncul tidak dapat diramal.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: