seismik

Isu Bekalan Beras Di Malaysia, Wanita Ini Sempat Berseloroh Dengan Bajunya Bercorak Beras

Rasa bersalah nak gelak.

Cover image via @jllmisai (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak kebelakangan ini, isu bekalan beras timbul dalam kalangan rakyat Malaysia

Isu bekalan beras kian meruncing telah menyebabkan ramai orang tak dapat membeli beras lebih murah dan terpaksa beli beras yang lebih mahal.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter memaparkan seorang wanita yang memakai baju yang mempunyai corak seperti beras sempat berseloroh.

Lihat video tersebut di bawah:

Beras 10kg habis, yang tinggal 70kg

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita ditegur oleh seorang lelaki yang bertanya adakah wanita tersebut menjual beras.

Secara bersahaja wanita itu berseloroh dengan mengatakan beras 10kg sudah habis tetapi yang tinggal beras 70kg sambil menunjukkan pakaiannya.

"Lawak akak ni natural gila" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di Twitter, ia telah meraih sehingga 237.5K views, 1.2K reposts, dan 1.7K likes.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di Twitter menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Twitter:

Okay, mana akak ni beli baju beras tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: