seismik

Tiang Lampu Di Tengah-Tengah Jalan, Lelaki Ini Tak Sangka Perkara Sebegini Boleh Berlaku

Salah tiang tu, siapa suruh ada kat situ.

Cover image via Clarence Chin (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kecacatan yang berlaku di kawasan pembinaan bukanlah satu perkara yang asing

Tidak dinafikan, kadangkala bila kita melihat sesuatu binaan pasti akan ada sedikit kecacatan tetapi tidaklah sampai mendatangkan bahaya.

Namun begitu, baru-baru ini telah tular sebuah posting berkenaan jalan yang baru diturap dan tiba-tiba ada sebuah tiang lampu ditengah-tengahnya.

Lihat posting tersebut di bawah:

Pihak polis bertindak menutup separuh jalan

Setelah tularnya kejadian yang berlaku di Belaga, Sarawak itu, pihak polis IPD Belaga bertindak pantas menutup separuh jalan bagi tujuan keselamatan penduduk kampung.

Ini juga disebabkan terdapat beberapa aduan daripada penduduk kampung yang hampir melanggar tiang tersebut semasa melalui jalan itu pada waktu malam.

"Tugas dia buat tar je. Alihkan tiang orang lain" - Netizen

Susulan tularnya posting berkenaan, sehingga kini ia telah meraih 2.1K likes, 217 comments dan 202 shares di Facebook. Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Image via GAGS Malaysia
Image via GAGS Malaysia

Selalu gelak tengok jadi dekat luar negara, sekali jadi dekat Malaysia pula :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: