seismik

[VIDEO] "Apa Salahnya Kalau Kasut Buatan Gombak" - Iklan Awal Ashraf Sinclair Dikenang

Bila tengok balik video ni rasa sebak pula.

Cover image via YouTube

Aktor yang pernah popular dalam siri drama Gol dan Gincu iaitu Ashraf Sinclair telah menghembuskan nafas terakhirnya pada awal pagi semalam akibat serangan jantung

Pemergian mengejut pelakon berusia 40 tahun itu telah memberi impak yang sangat mendalam buat keluarga, rakan-rakan dan para peminatnya di Malaysia dan juga Indonesia.

Allahyarham Ashraf telah selamat dikebumikan di San Diego Hills Memorial Park selepas solat Asar semalam dan urusan pengkebumiannya dilihat berjalan dengan begitu lancar sekali.

Susulan daripada pemergian arwah, ramai dalam kalangan netizen mula mengenang semula kemunculan awal Ashraf dalam dunia hiburan dengan memuat naik videonya di media sosial.


Di Twitter, video iklan yang dilakonkan oleh Allahyarham Ashraf 22 tahun lalu telah menjadi viral dan menjadi bualan netizen

Antara individu yang turut berkongsikan perkara itu adalah pengguna Twitter bernama Joe Lee.

Mungkin masih ramai yang belum mengetahui bahawa pelakon kacak itu sebenarnya telah membuat kemunculan awal melalui sebuah iklan Petronas yang diarahkan oleh pengarah popular, Yasmin Ahmad.

Iklan tersebut yang berjudul 'Local Hero' atau lebih dikenali sebagai 'Kasut Gombak' telah diterbitkan pada tahun 1998 bersempena Hari Kebangsaan.

Di dalam iklan tersebut, Ashraf telah digandingkan bersama seorang aktres jelita iaitu Vanidah Imran yang masih popular sehingga kini.

Pada hari ini, ungkapan yang digunakan oleh Ashraf dalam iklan tersebut iaitu "Apa salahnya kalau kasut saya buatan Gombak" telah menjadi bualan netizen dan membuatkan mereka mengenang semula antara kemunculan pelakon awal itu lebih dua dekad lalu.

Mungkin sudah rezeki buat Ashraf, iklan tersebut telah menjadi platform bagi pelakon kacak itu untuk menceburi bidang seni di negara ini.

Video iklan itu telah mendapat perhatian netizen khususnya para peminat Ashraf ketika ini

Netizen mula berasa sebak dan memperingati semula iklan yang pernah ditonton mereka itu suatu ketika dahulu.

Bukan itu sahaja, ketampanan Allahyarham Ashraf juga turut dipuji kerana selebriti itu kekal kelihatan kacak dan bergaya sejak dari awal kemunculannya sehingga kini.

Lakonan serta jasa Ashraf Sinclair sentiasa akan dikenang selepas ini. Semoga beliau tenang di sana.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: