BCL Kejut Ashraf Untuk Makan Mee Segera, Tapi Suaminya Tak Bangun
Ya Allah. Sedihnya hilang insan tersayang sekelip mata.
Pemergian mengejut Ashraf Sinclair pada awal pagi tadi begitu memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga Indonesia
Allahyarham Ashraf dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada sekitar jam 4 pagi dan beliau telah selamat dikebumikan di tempat pemakaman San Diego Hills, selepas Asar tadi.
Ashraf telah meninggalkan seorang balu, yang juga merupakan penyanyi popular Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) dan juga seorang anak lelaki bernama Noah.
Susulan daripada pemergian arwah, rakan-rakannya dari Malaysia dan Indonesia tidak ketinggalan untuk menziarahi keluarga arwah di rumahnya di Jakarta.
Antara rakan yang sempat menziarahi arwah sebelum dikebumikan ialah Maia Estianty yang juga merupakan bekas isteri kepada penyanyi kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani.
Maia menerusi laporan Tribun sempat berkongsikan detik sebelum Ashraf didapati tidak sedarkan diri
Menurut Maia, Ashraf ditemui tidak sedarkan diri oleh BCL selepas tidak bangun apabila dikejutkan.
Katanya sebelum itu, BCL ada mengejutkan Ashraf dan dia kemudian menuju ke bilik air untuk membersihkan muka selepas pulang dari bekerja. Walau bagaimanapun, Ashraf tidak memberikan sebarang respon selepas dikejutkan oleh BCL.
Malah keinginan BCL untuk menikmati mee segera selepas pulang bekerja juga terhenti apabila suaminya dilihat masih tidak sedarkan diri meskipun sudah dikejut beberapa kali.
“Cerita dari di dalam sih (orang dalam), jadi pas mau istirahat semalam abis dari bekerja di Indonesian Idol. Ashraf ditinggal Unge (BCL) untuk bersihin muka.
"Pas mau pesan mee instant, abis bersihin muka Unge coba bangunin Ashraf, tapi enggak bangun. Jadi peristiwa sangat cepat,” katanya.
Ashraf dan BCL diijabkabulkan pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.