seismik

Siap Ada Kolam Renang, Makam San Diego Hills Di Indonesia Bertaraf '5-Star' & Paling Mewah

Betul-betul di luar jangkaan!

Cover image via San Diego Hills

Jika bercakap tentang lokasi pemakaman, pastinya ramai yang akan membayangkan ia sebagai sebuah tempat yang suram di mana insan kesayangan disemadikan

Pada kebiasaannya, reka bentuk serta suasana bagi tempat pemakaman untuk setiap agama adalah berbeza mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Malah tempat pemakaman ataupun dalam bahasa mudahnya, tanah perkuburan bagi umat Islam sendiri, reka bentuknya juga dilihat sangat sederhana mengikut syariat yang telah ditetapkan Islam. 

Namun mungkin ramai yang belum mengetahui bahawa sebenarnya di negara jiran kita iaitu Indonesia, terdapat sebuah tempat pemakaman yang begitu mewah dan bertaraf lima bintang

Image via boombastis

Tempat pemakaman yang dimaksudkan adalah San Diego Hills Memorial Park.

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman web Boombastis, tempat pemakaman ini merupakan sebuah tempat yang menjadi pilihan golongan bangsawan dan hartawan kaya di Indonesia untuk disemadikan.

San Diego Hills bukanlah tempat pemakaman yang sebarangan malah ia juga dilihat begitu mewah dan sangat berbeza dengan lokasi pemakaman yang lain.

San Diego Hills Memorial Park luas dengan pemandangan hijau

Image via Boombastis

Tidak seperti kebiasaan tempat pemakaman yang lain, San Diego Hills tidak dipadatkan dengan kubur semata-mata, malah di kawasannya juga dipenuhi dengan rumput hijau, taman yang indah selain ada juga air pancut yang dilengkapi dengan patung-patung bernilai seni tinggi.

Terletak di daerah Kerawang, Jawa Barat, San Diego Hills dimiliki oleh PT Lippo Karawaci Tbk yang merupakan perusahaan tersohor dan kaya di Indonesia.

Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa tapak pemakaman ini mencapai keluasan 500 hektar dan selain hanya menempatkan kubur, ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain.

Tapak pemakaman ini juga turut menyediakan kolam renang dan juga meja tenis

Image via Bombastis

Menambah keunikan yang ada pada tapak pemakaman ini, ia juga turut menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti tasik seluas 8 hektar, restoran bertaraf lima bintang, kolam renang, meja tenis, kedai bunga dan juga trek untuk berjogging.

Malah apa yang lebih mengejutkan, di San Diego Hills juga, ia turut menyediakan tempat untuk melangsungkan hari pernikahan dengan kapasiti 250 orang.

Tempat pemakaman bagi orang Islam juga turut disediakan

Image via Boombastis

San Diego Hills menyediakan tempat pemakaman untuk beberapa buah agama di Indonesia seperti Kristian, Buddha dan juga Islam.

Untuk tanah perkuburan Islam sendiri, ia menyediakan pelbagai pakej pengkebumian yang terbahagi kepada lima bahagian mengikut lima rukun Islam. Malah setiap kubur bagi umat Islam juga menghadap kiblat dan mengikut syariat Islam.


Uniknya tempat pemakaman ni. Memang lain dari lain.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lebih banyak di SAYS:

You may be interested in: