seismik

[VIDEO] Leka Jawab Telefon Sambil Adjust Kerusi, Pelanggan Ini Hampir 'Tercium' Dinding

Leka sangat main phone tu, sampai tak sedar ya.

Cover image via @muhdtaufiqq_

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau kita bercakap tentang TikTok, pasti ramai yang tahu mengenai aplikasi ini

Kebelakangan ini sering kita lihat ramai orang yang menggunakan TikTok untuk membuat content lawak yang menghiburkan.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila pekerja di sebuah kedai gunting rambut membuat video yang mencuit hati telah meraih tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Angkat call sampai tak perasan ter adjust kerusi tinggi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @muhdtaufiqq_ di TikTok, kelihatan pekerja itu sedang leka menjawab panggilan telefon sehingga tidak sedar pelanggan yang berada di atas kerusi gunting rambut tersebut.

Akibat terlalu leka bercakap sambil adjust ketinggian pada pemijak kerusi gunting rambut, kepala pelanggan itu telah mencecah dinding.

Dapat dilihat pada video, pelanggan berkenaan cuba menyuruh pekerja itu untuk berhenti dan menurunkannya kembali, namun gagal.

"Dengar kata kedudukan dah sama tinggi dgn KLCC, betul ke?"

Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 1.9M views, 112.3K likes dan 2,785 comments di TikTok, rata-rata netizen turut rasa terhibur dengan gelagat mereka. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam manalah dengan nasib abang tu ya? Dah turun ke belum, entahlah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: