10 Makanan Tahun Baru Cina Popular & Unik Yang Anda Boleh Cuba. Confirm Nak Lagi!
Bakhwa is favourite.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap perayaan pasti mempunyai makanan unik tersendiri yang nampak menyelerakan bukan?
Image via GIPHY
Begitu juga dengan perayaan Tahun Baru Cina yang disambut oleh masyarakat Cina. Banyak makanan yang nampak menyelerakan dan sedap. Tetapi boleh ke kita nak cuba makan? Jangan risau, banyak makanan yang halal didapati di pasaran. Ini antara makanan yang selalu dihidang oleh kaum Cina sewaktu musim Tahun Baru Cina.
1. Yee Sang
Image via @lajuiceria (Instagram)
Yee Sang juga dikenali sebagai Yu Sheng dalam bahasa Mandarin. Makanan tersebut terdiri daripada bahan salad, ikan, sos plum dan kacang. Kebiasaannya, restoran menggunakan ikan Salmon atau Abalone yang dihiris nipis-nipis.
Makanan ini dihidangkan semasa Tahun Baru Cina. Masyarakat Cina melambangkan Yee Sang sebagai kemewahan dan kekayaan. Nak makan Yee Sang pun ada cara tau. Setiap ahli keluarga perlu sama-sama melambung hidangan itu sambil meluahkan doa atau kata-kata yang baik.
Kalau anda nak cuba makan Yee Sang yang halal, klik sini.
2. Nian Gao (Kuih Bakul)
Image via Miragas
Kuih bakul ini boleh disamakan dengan kuih dodol kepunyaan masyarakat Melayu. Tahap kekenyalan boleh dikatakan kuih bakul lebih kenyal. Ia juga mengambil masa yang lama untuk disediakan.
Nian gao bermaksud tahun tinggi secara literal. Secara kesuluruhannya, masyarakat Cina percaya bahawa ini merupakan simbol kepada semakin tahun semakin tinggi dari segi pencapaian ataupun kewangan.
Kalau anda nak cuba makan Nian Gao yang halal, klik sini.
3. Rou Gan (Bakhwa)
Image via Asia One
Rou Gan atau dikenali sebagai Bakhwa ini merupakan hirisan daging nipis yang rasa manis. Ia merupakan daging ayam yang dihiris kemudian disaluti dengan madu. Daging tersebut dimasak dengan kaedah panggang. Sebab itu, ia lebih juicy dan sedap.
Kalau anda nak cuba Bakhwa yang halal, klik sini (Shopee) atau sini (Dendeng Bakar).
4. Biskut Nasib
Image via Berita Satu
Biskut ini bukan saja popular dalam kalangan masyarakat Cina, malah ia juga popular di serantau dunia kerana keunikannya. Apa yang bestnya, dalam biskut nasib itu mempunyai kertas yang mengandungi kata-kata hikmah. Biskut ini rasanya seperti vanila dan rangup.
Kalau anda nak cuba fortune cookies, klik sini.
5. Keropok rumpai laut
Image via @catherine_creations (Instagram)
Rumpai laut sudah menjadi kegemaran kaum Cina. Ini merupakan kuih yang paling senang untuk disediakan. Anda hanya perlukan kulit popia dan rumpai laut untuk hasilkannya. Rasanya, rangup dan masin sedikit. Banyak juga variety yang dijual di pasaran seperti perisa pedas, salted egg dan lain-lain.
Kalau anda nak cuba keropok rumpai laut, klik sini.
6. Karipap kacang
Image via @wendycrecruits (Instagram)
Karipap kacang yang dikenali sebagai Kok Chai ini memang unik dan berbeza dengan karipap biasa. Kebiasaannya, karipap kaum Melayu berintikan sardin atau kentang. Kok Chai ini berintikan kacang dan luarnya sangat rangup dan keras.
Kalau anda nak cuba Kok Chai, klik sini.
7. Tart Nanas
Image via Resepi Che Nom
Tart Nanas merupakan kuih yang selalu ada di setiap perayaan tidak kira Tahun Baru Cina atau Raya Aidilfitri. Masyarakat Cina menganggap bahawa menghidangkan kuih tart nanas kepada tetamu boleh membawa tuah kepada seisi keluarga.
Kalau anda nak cuba tart nanas, klik sini.
8. Kuih kapit gulung
9. Kuih Bangkit
Image via Oh Hangat
Kuih bangkit yang sering kita lihat merupakan corak bunga kelopak lima bukan? Tetapi pada musim perayaan Tahun Baru Cina, anda akan menjumpai corak ikan emas atau bunga matahari. Bunga matahari bermaksud keuntungan manakala ikan emas pula melambangkan kemakmuran.
Kalau anda nak cuba kuih bangkit, klik sini.
10. Kuih Ros
Image via Saji Xtra
Kuih Ros juga dikenali sebagai Kuih Loyang. Kuih ini juga sering didapati pada musim perayaan yang lain. Penyediaan kuih memerlukan anda untuk menggoyangkan acuan ke dalam minyak panas dan tunggu sehingga kuih bertukar perang keemasan. Masyarakat Cina menganggap Kuih Ros mewakili perpaduan dan hubungan keluarga yang erat.
Kalau anda nak cuba Kuih Ros, klik sini.
Semua nampak sedap kan, jom cuba makanan unik yang lain daripada lain ini. Pasti anda akan menyukainya! :D
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan
Baca lagi artikel menarik di Seismik Makan:
Leave a comment