seismik

Ini 10 'Restoran Masakan Chinese Muslim Halal' Yang Sedap Di Lembah Klang. Wajib Cuba!

Confirm terliur!

Cover image via @nawalnorshafika (Instagram) & @babysumo (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap kali kalau nak keluar dengan kawan mesti pening nak decide makan mana bukan?

Haa, jangan risau lagi. Jom terokai masakan Cina yang halal pula, asyik makan benda yang sama bosan juga kan kadang-kadang? Apa kata kita tukar selera makan masakan Cina pula. Bukan setakat ada Dim Sum, banyak lagi makanan yang boleh buatkan anda terliur!

Image via GIPHY

Ini antara restoran masakan Cina yang halal:

1. Jibby Chow

Image via Food Advisor

Jibby Chow bukan saja mempunyai pelbagai menu makanan daripada ala carte sehinggalah set makan untuk keluarga. Restoran ini juga mempunyai suasana yang sangat selesa untuk anda makan bersama keluarga atau rakan-rakan. 

Lokasi:

4, Jln Telawi 4, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: 
Setiap hari (10am hingga 10pm) 

Klik sini untuk info lebih lanjut. 

2. Muhibbah Seafood Restaurant

Image via Foursquare
Image via Trip Advisor

Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan yang pastinya membuatkan anda tak sabar nak makan. Kebiasaannya, pelanggan akan memesan nasi putih bersama lauk pauk yang digemari. 

Lokasi: 

Lot 2851, Jalan Seri Penchala, Kg Sg Penchala, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 
Setiap hari (12pm hingga 2.30pm &  6.30pm hingga 10pm) 

Klik sini untuk info lebih lanjut. 

3. Golden Valley

Image via Dapnya TV

Golden Valley juga sering menjadi pilihan para penggemar masakan Cina. Menu paling sedap di sini adalah lauk ikan mereka. Semuanya fresh! Jangan lupa untuk cuba itik panggang juga kalau anda penggemar itik.

Lokasi:
310, Lorong Selangor, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor

Waktu operasi:
Isnin hingga Jumaat (11.30am hingga 3pm & 6pm hingga 10pm)
Sabtu hingga Ahad (6pm hingga 10pm)

Klik sini untuk info lebih lanjut.

4. Dolly Dim Sum

Siapa saja yang tidak mengenali Dolly Dim Sum? Mereka terkenal dengan masakan Cina paling sedap yang berada di dalam shopping mall. Kalau anda first timer, jangan lupa cuba custrad bun dan Szechuan-style dumplings.

Lokasi:

  • Dolly Dim Sum, Avenue K
  • Dolly Dim Sum, NU Sentral
  • Dolly Dim Sum, Pavillion KL
  • Dolly Dim Sum, Sunway Putra Mall
  • Dolly Dim Sum, IOI City Mall
  • Dolly Dim Sum, KL East
  • Dolly Dim Sum, Sunway Pyramid
  • Dolly Dim Sum, Setia City
  • Dolly Dim Sum, Aeon Shah Alam
  • Dolly Dim Sum, The Curve

Waktu operasi:
Setiap hari (11am hingga 10pm)
Kecuali NU Sentral & Aeon Shah Alam (11am hingga 9pm)

Klik sini untuk info lebih lanjut.

5. Restoran Homst

Dikenali dengan restoran yang sangat affordable harganya dan masakan di restoran ini semuanya sedap-sedap belaka. Pelbagai pilihan Dim Sum juga disediakan di sini. 

Lokasi:

  • Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
  • Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur
  • Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
  • Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor
  • Setia Alam, Shah Alam, Selangor
  • Dpulze, Cyberjaya, Selangor
  • Ayer 8, Presint 8, Putrajaya
  • Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: 
Setiap hari (11am hingga 10.30pm)

Klik sini untuk info lebih lanjut.

6. Restoran Mohd Chan

Terkenal dengan pelbagai pilihan Dim Sum dan mee kari yang sedap. Suasana kedai yang nyaman juga menarik perhatian pelanggan untuk meluangkan masa makan di sini. 

Lokasi: 

  • Ara Damansara, Selangor
  • Bandar Baru Bangi, Selangor
  • Bandar Baru Rawang, Selangor
  • Bukit Sentosa, Rawang, Selangor
  • Presint 15, Putrajaya
  • Glenmarie, Selangor
  • Kelana Jaya, Selangor
  • Kota Kemuning, Selangor
  • Meru, Klang, Selangor
  • Ampang, Kuala Lumpur
  • Padang Jawa, Selangor
  • Shah Alam, Selangor
  • Taman Melawati, Kuala Lumpur
  • Taipan USJ, Selangor

Waktu operasi: 
Setiap hari (11am hingga 11pm)

Klik sini untuk info lebih lanjut. 

7. Amber Chinese Muslim

Kepada anda yang gemar makan mee, inilah tempat yang sesuai. Mee tarik asli mereka memang membuatkan para pelanggan terngiang-ngiang. Enak juga dimakan dengan dumplings.

Lokasi:

Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur
Pavillion, Kuala Lumpur
1 Utama, Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi:
Setiap hari (11.45am hingga 10.30pm)

Klik sini untuk info lebih lanjut. 

8. Haji Sharin Low

Image via Pojiegraphy
Image via Foursquare

Terkenal dengan masakan Cina Muslim yang berbentuk ala carte dan set. Anda boleh memesan nasi putih dan lauk kegemaran anda. Confirm tambah dua tiga kali nasi!

Lokasi:

  • Bangsar Utama, Bangsar, Kuala Lumpur
  • Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor
  • Dataran Templer, Bandar Baru Selayang, Selangor
  • The Strand, Kota Damansara, Selangor
  • Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Waktu operasi:
Sabtu hingga Khamis (11.30am hingga 11pm)
Jumaat (2.30pm hingga 11pm)

Klik sini untuk info lebih lanjut. 

9. Restoran Haslinda Sim

Image via Trip Advisor
Image via OpenRice

Kalau anda ke sini, jangan lupa untuk cuba Sizzling Tofu mereka. Makan dengan nasi putih panas-panas, memang puas hati. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Lokasi:

No. 48, Jalan Medan Pusat 2c, Section 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu operasi: 
Isnin (11.30am hingga 10.30pm)
Rabu hingga Jumaat (12pm hingga 10.30pm)
Saturday hingga Sunday (11.30am hingga 10.30pm)
Tutup pada setiap Selasa.

Klik sini untuk info lebih lanjut. 

10. Restoran Mohd Chow

Image via Klook
Image via Foursquare

Jika anda nak makan set berseorangan, restoran ini mempunyai pelbagai menu ala carte goreng-goreng selain lauk-pauk. Confirm tak menyesal, memang sedap!

Lokasi:

1, 3, Jalan PJU 8/5h, Perdana Business Centre, 47820 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi:
Setiap hari (11am hingga 11pm)

Klik sini untuk info lebih lanjut.

Dah ada idea kan nak makan mana? Save dulu guys! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: