"Moden Hingga Tradisional" - Ini Top 10 Restoran Menarik Jika Anda Makan Angin Di Kelantan
Sek kito jange pecoh.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak kisah kalau anda bercuti atau balik kampung ke Kelantan, pasti anda teringin nak merasa air tangan orang Kelantan kan?
Makanan di Kelantan memang sedap-sedap belaka. Tambahan lagi, jika ada rasa Thailandnya tu, fuhh memang padu. Serupa kita berada di negara Thailand.
Takda idea nak makan mana di Kelantan? Jangan risau, kami kongsikan list yang best-best untuk anda!
1. Kakton Pattani Cafe, Pantai Geting
Tengok gambar pun dah kecur air liur kan? Makanan di sini semua sedap, terutamanya sotong sumbat bakar mereka, memang must try! Pelbagai lauk-lauk Thailand lagi ditawarkan di sana. Tunggu apa lagi? Jom serbu!
Tempat:
Dgeting beach resort, Pantai Geting,
Tumpat.
Waktu operasi:
Isnin hingga Khamis (12.30pm hingga 7.30pm)
Jumaat & Sabtu (3.30pm hingga 9pm)
Tutup setiap hari Ahad.
2. Singgora, Pasir Hor
Anda penggemar makanan kampung dan tradisional orang Kelantan? Wajib datang sini! Singgora menyajikan pelbagai makanan kampung yang rasanya memang autentik. Makan sambil menikmati pemandangan indah di kampung memang sesuai dengan tema 'Balik ke kampung'. Rumah Singgora ini juga merupakan homestay.
Tempat:
Lot 860 Kg Air Deras,
Jalan Tengku Maasum Mukim Padang Enggang Pasir Hor,
Lorong Masjid, 15150
Kota Bharu, Kelantan.
3. Kattnis Dapor Cheese, Jalan Bayam
Siapa yang gemar keju? Anda bolelah datang ke syurga keju ini, banyak makanan mereka akan menggunakan bahan keju di dalamnya. Kedai ini menawarkan makanan fusion yang mengandungi western dan korea.
Tempat:
Kampung Khatib Ali,
15200, Kota Bharu.
Waktu operasi:
Setiap hari (1pm hingga 11pm)
Hari Jumaat (3pm hingga 11pm)
4. K'Loh Paradise, Pantai Sri Tujuh
Terdapat banyak makanan western yang anda pasti suka. Bukan setakat itu, best seller ialah Nasi Lemak Pandan mereka yang beraroma. Anda boleh menikmati pemandangan pantai sambil menikmati hidangan yang berselera di sini.
Tempat:
Jalan Kampung Tujuh,
Tumpat.
Waktu operasi:
Khamis hingga Ahad (8am hingga 11pm)
Tutup setiap Isnin hingga Rabu.
5. Siam Restoran, sekitar KB Mall
Kalau nak cuba makanan yang asli dari Siam, bolehlah ke restoran Siam ini. Juadah yang dihidangkan semuanya memang autentik rasa Siam, siap ada menu Sangkaya kegemaran ramai.
Tempat:
Lot 352 Seksyen, 15, Jalan Hamzah,
15050 Kota Bharu.
Waktu operasi:
Setiap hari (3pm hingga 12 malam)
Setiap Jumaat (3.30pm hingga 12 malam)
6. Superdough B, Kota Bharu
It's time for good coffee and dessert! Haa, siapa yang gemarkan pastry tu jangan lupa singgah kafe ni. Memang banyak pilihan sampai rambang mata tak tahu nak pilih yang mana. Kafe yang sangat Instagrammable ini membolehkan anda OOTD sepuas hati!
Tempat:
2880-R, Jalan Mahmood,
15200 Kota Bharu.
Waktu operasi:
Setiap hari (9am hingga 6pm)
7. Pau Mat, Pagar SK Pasir Hor
Pau lembut dan gebu ini bukan saja intinya banyak tetapi juga murah. Hanya RM1 setiap satu. Kata orang Kelantan, ini memang pau legend di sana.
Tempat:
Tepi pagar SK Pasir Hor,
Jalan Pasir Hor, Kampung Bunut Payong,
15150 Kota Bharu.
8. Colek Buah Pok Li, Pengkalan Kubur
Ramai yang gemarkan buah colek Pok li sebab kuah yang pekat dan buah pun banyak. Juadah ini memang dah jadi tarikan orang tempatan mahupun pelancong di Kelantan.
Tempat:
Jln Besar, Kampung Telaga Lanas,
16200 Tumpat, Kelantan.
9. Apam Balik Cheese Terang Bulan, Pengkalan Chepa
Apam balik di sini memang famous. Disebabkan banyak perisa dan murah, ramai yang akan singgah untuk rasa apam balik yang sedap ini.
Tempat:
Pt 257, Taman Uda Murni,
15400 Kota Bharu,.
Waktu operasi:
Setiap hari kecuali Jumaat (12pm hingga 7pm)
10. Poh Ja Lokcing Dan Sotong Bakar, Guchil Bayam
Yang ni confirm tak boleh tinggal. Rasa sos yang pedas manis memang akan membuatkan anda ketagih lagi. Pelbagai pilihan boleh dipilih antaranya sosej bakar, sosej pulut, lokcing dan banyak lagi.
Tempat:
Kampung Guchil,
Kota Bharu.
Waktu operasi:
Setiap hari (1pm hingga 11pm)