Ini 7 Port 'Dessert' Best & Muslim Friendly Yang Anda Wajib Cuba. Jom Ajak Geng!
Calories don't count when it comes to desserts.
Sebut saja pasal desserts, semua pasti akan terbeliak mata bukan?
Siapa saja yang tak sukakan makanan manis dan sedap. Tambahan lagi, ia dimakan selepas makan tengah hari atau makanan rutin seharian kita. Confirm boleh menaikkan lagi mood happy tu!
Kadangkala, desserts boleh membuatkan hari-hari sedih atau stres kita menjadi sebaliknya. Kaum perempuan tak payah cakap, memang akan gembira sepanjang masa kalau dapat desserts.
Image via GIPHY
Tak tahu mana nak cari desserts yang sedap? Jom tengok sini:
1. Shugatori, Damansara Utama
Image via @wqeats (Instagram)
Image via @shugatori (Instagram)
Kalau anda suka waffle, di sinilah syurga waffle yang mempunyai pelbagai piihan perisa yang pasti akan sesuai dengan cita rasa anda. Mereka mempunyai perisa dan reka bentuk yang unik.
Banyak lagi pilihan pemanis mulut lain seperti croissant, kek dan sebagainya. Apa yang best, bukan setakat sedap, kafe mereka juga sangat Instagrammable!
Lokasi:
95, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu operasi:
Setiap hari (1pm hingga 11pm)
Tutup setiap hari Isnin.
Klik sini untuk info lebih lanjut.
2. Sugirl Desserts, Kampung Sungai Kayu Ara
Image via @sugirldesserts (Instagram)
Image via @sugirldesserts (Instagram)
Kalau anda peminat pulut mangga, tempat ini memang sesuai. Bestseller desserts mereka ialah Rainbow Pulut yang mengandungi Butterfly Pea Flower, Pandan, Thai ChaTraMue Thai Tea dan Purple Black Rice. Nampak pun memang sedap!
Ada juga makanan lain seperti bubur cha cha dan lain-lain minuman yang refreshing. Telan air liur masing-masing bila tengok gambar.
Lokasi:
No 1-15, Glomac Centro, Lorong Masjid 1, Kampung Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu operasi:
Setiap hari (12pm hingga 10pm)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
3. Iconbrewings, Cheras
Image via @leeynesh_ (Instagram)
Image via @low.key.eating (Instagram)
Sedapnya kalau dapat makan strudels lagi-lagi yang ada buah kat atas. Bukan setakat fresh, rasa rangup tu memang tak puas kalau makan sekali je. Ada pelbagai pilihan buah termasuklah mangga, blueberry, peach, kiwi dan srawberry.
Lokasi:
24, Jalan Manis 3, Taman Bukit Segar, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi:
Setiap hari (9am hingga 8pm)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
4. Chabashira Tea Roastery, Taman Paramount
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Peminat Matcha boleh cuba pelbagai desserts berperisa Matcha di sini. Selain menawarkan Matcha Latte, mereka juga menjual pelbagai kek dan aiskrim berperisa Matcha yang unik. So delicious!
Lokasi:
129, Jalan 20/7, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu operasi:
Setiap hari (11am hingga 10pm)
Tutup setiap hari Isnin.
Klik sini untuk info lebih lanjut.
5. Levain Boulangerie & Patisserie, Imbi
Image via @malaysianfoodandtravel (Instagram)
Image via @ayn___kl (Instagram)
Lebih 10 pilihan pastry yang ditawarkan, semuanya sedap-sedap belaka. Yang paling penting, environment kafe di sini memang sangat cantik dan tenang. Konsep yang menerapkan alam semula jadi, persis seperti di luar negara.
Lokasi:
7, Jalan Delima, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi:
Setiap hari (8am hingga 5pm)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
6. ifonlykl, Taman U Thant
Image via @ifonlykl (Instagram)
Image via @ifonlykl (Instagram)
Bukan saja menyediakan kafe yang selesa dan sangat Instagrammable, malah desserts yang ditawarkan sungguh menarik perhatian. Yang paling menjadi favourite semua orang ialah Smoothie Bowl yang dikenali sebagai Beauty Bowl. Kaya dengan vitamin daripada buah-buahan.
Lokasi:
Ground floor, Regal House, 1, Jalan U Thant, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
Waktu operasi:
Setiap hari (7am hingga 6pm)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
7. Oh Apong, Kota Damansara
Image via @aprilfoolee (Instagram)
Image via @_ivytasha (Instagram)
Kalau di Melaka kita ada gula Melaka, gula apong ni pula berasal dari Sarawak. Rasanya manis dan sedap. Oh Apong menawarkan aiskrim perisa gula apong dan juga pelbagai minuman yang refreshing!
Lokasi:
F01-03 Emporis, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi:
Setiap hari (10am hingga 10pm)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
Semua nampak sedap kan? Tunggu apa lagi, ayuh serbu! :D
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan
Baca lagi artikel menarik di Seismik Makan:
Leave a comment