9 Resepi Kopi Unik Dengan Menggunakan Instant Coffee Sahaja. Perfect Untuk Work From Home!
Dah tak ngantuk, fuh segar terus!
Kopi dengan kita memang tak dapat dipisahkan. Bila nak kerja, nak study, mengantuk nak tertidur, penyelamatnya ialah kopi. Coffee is our bestfriend!
Image via GIPHY
Aromanya yang wangi, sedap... Memang buat semua tergila-gilakan kopi. Kopi boleh dihidangkan panas atau sejuk mengikut cita rasa masing-masing. Biasa you guys buat kopi apa je? Apa kata kita ubah sikit resepi, mana la tau bosan kan hari-hari minum kopi yang sama. Jom ikuti 9 resepi kopi yang guarantee sedap!
Jom check out 9 resepi kopi unik ini:
1. Kopi halia
Halia sememangnya membawa banyak khasiat, halia ni boleh berfungsi untuk panaskan badan, buang angin dan membantu dalam melancarkan penghadaman. Haa, banyak kan khasiat halia ni? Kepada penggemar kopi tu, try la campur kopi dan halia. Tak tipu, you guys akan suka kopi halia selepas hirupan pertama!
Image via cari.com
Bahan-bahan:
- 2 cawan serbuk kopi
- 1/2 cawan halia kering
- 6 sudu besar biji ketumbar
Cara-cara:
1. Sangrai (toastkan dalam kuali tanpa minyak) biji ketumbar menggunakan api kecil dalam 2 - 3 minit.
2. Tumbuk halia.
3. Masukkan halia yang telah ditumbuk dan biji ketumbar dalam blender.
4. Gaulkan serbuk kopi dan serbuk campuran halia dan biji ketumbar. Jadi dah serbuk kopi.
5. Masukkan air panas dan campuran serbuk kopi ke dalam periuk. Tambahkan gula secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih.
6. Tapiskan. Kopi halia siap untuk dinikmati!
Kredit resepi: Spice Table
2. Kopi tarik ais
Biasa dengan teh tarik je kan? Kopi pun boleh tarik tau. Aromanya lebih emm, dengan buih-buih yang ada atas tu, buatkan minuman ni lagi sedap! Rasa kopi yang pekat dan kaw, fuh memang mantap!
Image via Ginnny's Blog
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar serbuk kopi
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar air
- 1/2 cawan susu segar
- Cawan dan penutup
1. Masukkan serbuk kopi, gula dan air ke dalam cawan. Tambahkan susu segar.
2. Tutup cawan dengan penutup dan goncangkan.
3. Tuangkan ke dalam cawan lain yang berisi ais. Jangan lupa tarik!
Kredit resepi: Cailie Tay
3. Kopi tarik ais dengan keju gula melaka
What? Got kopi, and then cheese, and gula melaka some more... Fuyooo, i want this! Minum petang-petang masa panas terik tu, confirm lega. Rasa lemak-lemak manis, yummy. Senang je nak buat kat rumah... Jom?
Image via Ila Dila
Bahan-bahan:
- 200gm cream cheese
- 200ml whipping cream
- Garam secukup rasa
- 3 sudu besar gula
- 4 tin Nescafe Tarik Kaw
- Susu pekat manis berperisa gula melaka
1. Mula-mula blendkan cream cheese, whipping cream, gula dan garam sehingga kembang. Biarkan dalam peti sejuk seketika.
2. Masukkan ais ketul dalam cawan. Kemudian, tuang air Nescafe. Letakkan campuran cream cheese tadi dan sedikit gula melaka sebagai topping. Siap!
Kredit resepi: Ila Dila
4. Kopi cincau ais
Kepada sesiapa yang suka minum sambil mengunyah something chewy tu... Kopi cincau ais perfect for you! Bayangkan minum kopi kaw dengan makan cincau, kenyal! Rasa nak lagi...
Image via Umminiaa
Bahan-bahan:
- 2 uncang kopi
- 3 sudu besar susu pekat
- 2 sudu besar gula
- 1 gelas air
- Cincau secukupnya
- Ais secukupnya
Cara-cara:
1. Didihkan air bersama kopi. Kemudian masukkan ke dalam gelas.
2. Masukkan gula dan susu pekat secukup rasa.
3. Masukkan cincau & ais secukupnya.
Kredit resepi : Erna Hezren
5. Kopi Dalgona
Minuman viral ini memang sedap. Mana taknya, rasa lemak manis, penuh berkrim! Nak hasilkan kopi Dalgona ni senang je... Jom cuba resepi ini, kalah kafe-kafe di luar.
Image via ihsanlikestoeat (Instagram)
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar serbuk instant coffee
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar air panas
- 1 cawan susu penuh krim
- 1 genggam ais
Cara-cara:
1. Dalam satu mangkuk, masukkan 2 sudu besar instant coffee, 2 sudu besar gula dan 2 sudu besar air panas. Pukul selama 5 minit sehingga dapat konsitensi 'stiff peak'.
2. Masukkan ais dan susu dalam cawan. Masukkan whipped coffee.
Kredit resepi: Ihsanlikestoeat
6. Kopi ais
Iced coffee sudah tentu menjadi kegemaran semua. Dah jadi satu rutin untuk grab a coffee sebelum kerja atau study. Jom buat iced coffee yang istimewa sendiri. Confirm lepas ni tak beli luar dah.
Image via umauma.id (Instagram)
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar serbuk instant coffee
- 1/2 sudu besar gula
- 1 sudu maple syrup (atau madu)
- 1/4 cawan susu segar (boleh gunakan oat milk)
1. Tuangkan sedikit air panas ke dalam cawan. Masukkan serbuk kopi, gula dan maple syrup. Kacaukan.
2. Dalam gelas yang lain, masukkan ketulan ais dan susu.
3. Akhir sekali, masukkan kopi. Siap!
Kredit resepi: Viar
7. Affogato Coffee
Affogato coffee sememangnya menjadi dessert kegemaran untuk peminat kopi. Mana taknya, rasa aiskrim vanila gabung dengan kopi yang sedap. Jom rasai kenikmatan Italian dessert ini! Tak perlukan coffee machine tau...
Image via Jalan Jalan Pusing Pusing
Bahan-bahan:
- 2 sudu teh serbuk instant coffee atau serbuk esspresso
- 1/2 cawan air
- 2 scoop asikrim vanila
- Chocolate shavings
1. Bancuh kopi dengan air seperti biasa.
2. Dalam gelas yang lain, masukkan aiskrim. Tuangkan air bancuhan kopi tadi.
3. Letakkan chocolate shavings sebagai topping.
Kredit resepi: Cook Travel Workout Repeat
8. Vietnamese egg coffee
Suka kelainan? Dah cuba vietnamese egg coffee ni? Sedap dan berlemak. Senang je rupanya nak buat di rumah... Jom!
Image via lowcarbingasian (Instagram)
Bahan-bahan:
- 3 sudu teh serbuk kopi
- 2 sudu teh susu pekat
- 2 kuning telur
- Susu cair
Cara-cara:
1. Saringkan kopi bersama air panas.
2. Dalam satu mangkuk, campurkan kuning telur dan susu pekat. Whisk sehingga warna menjadi kuning cair.
3. Tuangkan adunan ke atas kopi yang telah disaring.
4. Akhir sekali, masukkan susu cair untuk rasa yang lebih manis.
Kredit resepi: Steve Owens
9. Coffee lemonade
Apa rasa kopi campur lemon? Masam-masam pahit... Belum cuba belum tau kan? Jom cuba minuman yang sangat refreshing ini!
Image via Shape
Bahan-bahan:
- 1/2 biji lemon
- Gula secukup rasa
- Kopi
1. Bancuhkan lemon, gula dan air.
2. Dalam gelas yang lain, tuangkan ketulan ais dan bancuhan lemon.
3. Masukkan kopi yang telah siap dibancuh. Siap!
Kredit resepi: thecaffeinatedclub
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan
Dah cuba belum makanan terbaru yang trending?
Inginkan resepi minuman yang lain?
Leave a comment