Anda Kini Boleh Nikmati Nasi Lemak Pak Nasser AirAsia & Banyak Lagi Di Santan Mid Valley!
Santan menghidangkan banyak lagi hidangan lazat dan murah. Bestnya!
AirAsia sememangnya terkenal dengan hidangan-hidangan mereka yang lazat disamping hanya dihidangkan di dalam kapal terbang
Image via ciklilyputih.blogspot.com
Image via feelthai (Youtube)
Penerbangan anda sememangnya tidak lengkap kalau tidak menikmati hidangan-hidangan popular mereka seperti Nasl Lemak Pak Nasser atau Nasi Ayam Uncle Chin. Memang terdapat banyak kisah tentang orang yang mengidamkan hidangan mereka kerana begitu sedap sekali!
Kini, anda boleh menikmati Nasi Lemak Pak Nasser (RM12), Nasi Ayam Uncle Chin (RM12) dan banyak lagi di Santan, Mid Valley Megamall. Tak perlu tunggu naik flight lagi!
Image via VOCKET
Image via Mid Valley Megamall / Facebook
Image via Savills Malaysia / Facebook
Santan juga menghidangkan banyak lagi pilihan hidangan yang ekslusif untuk restoran Santan seperti Thai Basil Chicken with Rice (RM12), Vietnamese Lemongrass Chicken with Rice (RM12) untuk sedikit kelainan.
Apa yang menarik tentang Santan ialah hidangan mereka disediakan oleh 5 chef dan pelajar-pelajar seni kulinari disamping mempunyai harga yang sangat berpatutan.
Bukan itu sahaja, Santan juga menghidangkan snek lazat seperti Fried Chicken with Nam Prik Mayo (RM10) dan Chicken Satay with Peanut Sauce (RM10). Meleleh air liur dibuatnya!
Image via Mid Valley Megamall / Facebook
Image via Mid Valley Megamall / Facebook
Hidangan mana yang anda paling excited untuk cuba? Jom serbu Santan di Mid Valley Megamall ramai-ramai!
Image via VOCKET
Lokasi: Santan Restaurant, F-051, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley Megamall, 59200 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)
Status: Halal
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan
Jom check out banyak lagi makanan exciting untuk bulan ini:
Leave a comment