makan

A&W Memperkenalkan 'Cream Cheese Burger' Baru & Istimewa Hanya Untuk Masa Yang Terhad!

Jom cuba 'Cream Cheese Burger' yang unik dan lazat ini!

Cover image via Siming T (Burpple) & EatBook.sg

Hidangan burger yang mempunyai patty daging yang juicy dan keju mampu membuat sesiapa sahaja lapar. Memang meleleh air liur!

Image via giphy.com

Baru-baru ini, A&W telah memperkenalkan 'Cream Cheese Burger' yang dipenuhi dengan keju krim, sos mozza, onion rings, patty daging dan juga chicken slice!

Setiap pesanan 'Cream Cheese Burger' juga akan mendapat minuman RB bersaiz sederhana dan curly fries. Berbaloinya!

Anda juga boleh memilih antara patty daging (RM24.90) atau ayam (RM21.90)!

Image via EatBook.sg
Image via EatBook.sg

Setiap burger memang padat dan disusun tinggi dengan bahan-bahan yang menyelerakan. Tambahan onion ring dan chicken slice memberikan kerangupan yang luar biasa kepada burger ini! Manakala krim keju pula menambahkan rasa mewah dan menaikkan lagi rasa daging atau ayam. Memang layan!

Menu 'Cream Cheese Burger' ini hanya boleh didapati dalam masa terhad sahaja. Dapatkan sebelum terlambat!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi promosi makanan yang best di sini:

You may be interested in: