Resepi Garlic Bread Grilled Cheese Mudah & Lazat. Hanya Menggunakan 5 Bahan Sahaja!
Resepi Garlic Bread Grilled Cheese ringkas ini sesuai untuk bila-bila masa sahaja.
Pernah tak anda terasa lapar pada waktu malam dan teringinkan hidangan yang memuaskan tetapi dalam masa yang sama, ringkas untuk disediakan?
Kami ada jawapannya!
Image via giphy.com
Hidangan Garlic Bread Grilled Cheese ini memang sesuai untuk dijadikan snek lewat malam yang lazat kerana resepi ini hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur yang anda sudah ada di pantri.
Apa yang menarik tentang resepi ini ialah roti ini dibakar sehingga crispy dan bawang putih menjadi aromatik. Manakala tambahan keju mozarela di antara dua roti pula membuatkan sandwic ini lembut sekali. Memang layan!
Bukan itu sahaja, walaupun hidangan ini adalah snek malam, tetapi resepi ini juga sangat memuaskan kerana mempunyai roti dan keju. Manakala penambahan daun parsley pula menaikkan lagi rasa roti ini dari biasa-biasa ke luar biasa. Ibarat menjamu selera di kafe!
Tonton video di bawah untuk pelajari cara untuk membuat Garlic Bread Grilled Cheese dengan ringkas sekali:
RESEPI PENUH
Image via Seismik Makan
Bahan-bahan
Image via Seismik Makan
- 3 ulas bawang putih
- 50 gram mentega (suhu bilik)
- 1/2 sudu besar daun parsley (dihiris)
- garam secukup rasa
- lada hitam secukup rasa
- 4 keping roti
- 4 keping keju mozarela
Image via Seismik Makan
Cara
2. Tambahkan secubit garam dan tumbuk sehingga menjadi pes.
Image via giphy.com
4. Sapukan campuran mentega kepada roti sehingga rata.
Image via giphy.com
6. Letakkan 4 keping keju mozarela, masak sehingga cair dan terbalikkan.
7. Garlic Bread Grilled Cheese sudahpun siap! Jangan lupa untuk tarik cheese sepanjang mungkin!
Image via giphy.com
Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!
Image via Seismik Makan
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan
Dapatkan banyak lagi resepi best di sini:
Leave a comment