Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Lebih 3k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Bomboloni Ringkas & Confirm Jadi. Sedapnya!

Jom hasilkan kuih bomboloni viral ini. Mudah dan gebu sangat!

Cover image via Aqel Orked / Facebook

Kuih bomboloni ini sememangnya kegemaran ramai kerana teksturnya yang gebu dan intinya pula yang begitu padat. Memang nikmat!

Tetapi sebenarnya kuih viral ini sangat mudah untuk disediakan di rumah. Anda hanya perlu menghasilkan donut. Kebanyakan orang tidak gemar menyediakan doh kerana perlu merehatkan dalam tempoh masa yang lama. 

Untuk resepi bomboloni ini, anda hanya memerlukan 30 minit sahaja. Jom cuba? :D

Untuk resepi bomboloni yang mudah dan gebu, ikuti perkongsian resepi pengguna Facebook Aqel Orked ini yang telah mendapat sebanyak 3.5k shares!

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Image via fbcdn.net

  • 2 cawan tepung roti
  • ½ paket yis
  • ¼ cup gula kastor
  • ½ cup susu segar
  • esen vanila
  • 1 biji telur
  • garam
  • 55 gram marjerin

Jom ikuti cara-cara membuatnya pula:

1. Gaulkan tepung, yis dan gula sekali.

Image via Aqel Orked / Facebook

2. Gabungkan susu, telur dan vanila esen sehingga sebati.

Image via Aqel Orked / Facebook

3. Gabungkan campuran susu dengan campuran tepung. 

Image via fbcdn.net

4. Masukkan marjerin dan garam.

Image via Aqel Orked / Facebook

5. Ulikan adunan tepung sehingga sudah tidak melekat kepada bekas.

Image via Aqel Orked / Facebook

6. Apabila adunan sudah mula membulat dan menjadi elastik, doh anda sudah siap.

Image via Aqel Orked / Facebook

7. Angkat doh dan bulatkan. Letakkan minyak di dalam mangkuk dan rehatkan doh selama 30 minit.

Image via Aqel Orked / Facebook

8. Apabila doh sudah mengembang dua kali ganda, doh sudah siap untuk dijadikan donut.

Image via Aqel Orked / Facebook

9. Hasilkan bebola kecil dalam 37 hingga 40 gram dan rehatkan selema 10 minit sebelum digoreng.

10. Gorengkan doh pada api yang perlahan tetapi pastikan minyak sudah cukup panas sebelum memasukkan doh.

Image via Aqel Orked / Facebook

11. Apabila doh sudah bertukar perang keemasan, angkat dan toskan. 

Image via Aqel Orked / Facebook

12. Apabila sudah sejuk, taburkan gula aising.

Image via Aqel Orked / Facebook

13. Hasilkan lubang pada bomboloni dengan menggunakan gunting. 

14. Masukkan nutella atau apa sahaja inti pilihan anda. 

Image via Aqel Orked / Facebook

Apabila bomboloni sudah siap, inilah hasilnya. Gebu, lembut dan sangat meliurkan!

Image via Aqel Orked / Facebook

Sumber resepi: Aqel Orked

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi-resepi viral yang mudah di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment