makan

Lebih 6.2k 'Shares', Wanita Ini Kongsi 5 Resepi Sandwich Jepun Viral & 'Healthy'. Simple!

Wanpaku Sandwich dari Jepun ini bukan sahaja tetapi sedap dan mengenyangkan!

Cover image via Cik Merpati Putih

Tengok sahaja Wanpaku Sandwich yang colourful ini, anda pasti terliur bukan?

Image via justonecookbook

Manakan tidak, rupanya yang menyelerakan dan juga isinya yang padat boleh membuat sesiapa sahaja lapar. Apa yang lebih menarik tentang resepi ini ialah ia menggunakan bahan yang murah tetapi sihat. 

Untuk satu saiz hidangan Wanpaku Sandwich ini, anda pasti akan rasa kenyang untuk jangka masa yang panjang. Memang sesuai untuk anda yang sedang berdiet!

Untuk resepi Wanpaku Sandwich versi sihat, ikuti perkongsian resepi dari pengguna Facebook Cik Merpati Putih yang telah mendapat sebanyak 6.2k shares!

Resepi Wanpaku Sandwich ini unik sekali kerana ia mempunyai inti protein dan sayur yang disusun secara berselang-seli. Ini untuk memastikan anda mendapat tekstur yang menarik!

Untuk mendapatkan sandwich yang berwarna-warni, anda boleh menggunakan 4 atau 5 bahan-bahan yang mempunyai warna berlainan. Bukan itu sahaja, sandwich gaya Jepun ini juga sentiasa dibalut dengan kertas atau pembalut plastik untuk mendapatkan sandwich yang padat. 

1. Wanpaku Sandwich Tuna

Bahan-bahan 

  • 2 keping roti wholemeal
  • 1 tin tuna mayonis
  • Tauhu
  • 3 ketul dada ayam
  • Telur hancur
  • Salad
  • Kobis ungu (dihiris halus)
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Garam, secukup rasa
  • Minyak zaitun
Cara-cara
  1. Di dalam kuali panas, masukkan minyak zaitun dan masakkan tauhu. 
  2. Rebuskan ayam dengan sedikit garam.
  3. Sediakan tuna dan telur hancur.
  4. Susunkan sayur di atas roti sebagai lapisan pertama.
  5. Seterusnya, susunkan tauhu, ayam, tuna dan sayur secara berselang-seli.
  6. Balutkan sandwich dengan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas.
  7. Bahagikan sandwich kepada dua menggunakan pisau roti. 
  8. Sandwich Tuna sudah siap untuk dinikmati!
Tips ekstra: Gunakan sayur seperti salad sebagai lapisan pertama untuk mengelakkan roti menjadi lembap.

2. Wanpaku Sandwich Ayam Panggang & Tauhu

Bahan-bahan perapan (dikisar)

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Stevia (atau gula), secukup rasa
  • Cili kering

Bahan-bahan
  • 2 keping roti wholemeal
  • Dada ayam
  • Tauhu
  • Kacang panggang
  • Mayonis
  • Kobis ungu (dihiris halus)
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Salad
Cara-cara
  1. Perapkan dada ayam dengan bahan kisar dan panggang.
  2. Dalam kuali yang panas, masukkan minyak zaitun dan masakkan tauhu.
  3. Susunkan sayur di atas roti sebagai lapisan pertama.
  4. Seterusnya, susunkan sayur, ayam, kacang panggang dan tauhu secara berselang-seli.
  5. Balutkan sandwich dengan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas.
  6. Bahagikan sandwich kepada dua menggunakan pisau roti.
  7. Sandwich Ayam & Tauhu sudah siap untuk dinikmati!
Tips ekstra: Gunakan sayur seperti salad sebagai lapisan pertama untuk mengelakkan roti menjadi lembap.

3. Wanpaku Sandwich Ayam Panggang

Bahan-bahan

  • 2 keping roti wholemeal
  • Ayam panggang
  • Telur mata
  • Mayonis
  • Kobis ungu (dihiris halus)
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Salad
Cara-cara
  1. Sediakan ayam panggang dan telur mata kerbau.
  2. Susunkan sayur di atas roti sebagai lapisan pertama.
  3. Seterusnya, susunkan ayam, telur mata dan sayur secara berselang seli.
  4. Balutkan sandwich dengan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas.
  5. Bahagikan sandwich kepada dua menggunakan pisau roti.
  6. Sandwich Ayam Panggang sudah siap untuk dinikmati!
Tips ekstra: Gunakan sayur seperti salad sebagai lapisan pertama untuk mengelakkan roti menjadi lembap.

4. Wanpaku Sandwich Ayam Panggang & Telur Hancur

Bahan-bahan

  • 2 keping roti wholemeal
  • Dada ayam
  • Telur hancur
  • Mayonis
  • Kobis ungu (dihiris halus)
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Salad
Cara-cara
  1. Sediakan ayam panggang dan telur hancur.
  2. Susunkan sayur di atas roti sebagai lapisan pertama.
  3. Seterusnya, susunkan ayam, telur hancur dan sayur secara berselang seli.
  4. Balutkan sandwich dengan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas.
  5. Bahagikan sandwich kepada dua menggunakan pisau roti.
  6. Sandwich Ayam Panggang & Telur Hancur sudah siap untuk dinikmati!
Tips ekstra: Gunakan sayur seperti salad sebagai lapisan pertama untuk mengelakkan roti menjadi lembap.

5. Wanpaku Sandwich Sardin & Ayam

Bahan-bahan

  • 2 keping roti wholemeal
  • Sardin
  • Dada ayam
  • Telur hancur
  • Bawang merah (dihiris halus)
  • Kobis ungu (dihiris halus)
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Salad
Cara-cara
  1. Rebuskan dada ayam bersama garam. 
  2. Sediakan telur hancur dan sardin.
  3. Susunkan sayur di atas roti sebagai lapisan pertama.
  4. Seterusnya, susunkan ayam, telur hancur, sardin dan sayur secara berselang seli.
  5. Balutkan sandwich dengan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas.
  6. Bahagikan sandwich kepada dua menggunakan pisau roti.
  7. Sandwich Sardin & Ayam sudah siap untuk dinikmati!
Tips ekstra: Gunakan sayur seperti salad sebagai lapisan pertama untuk mengelakkan roti menjadi lembap.

Makanan sihat tidak semestinya tawar, membosankan atau menggunakan bahan-bahan yang mahal tau! Jom cuba resepi ini? :D

Image via giphy.com

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi sihat di sini:

Leave a comment