makan

Lebih 25k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Corn Dog Cheese Tarik Yang Ringkas & Lazat!

Senang je rupanya cara hasilkan Corn Dog keju Korea yang viral ini!

Cover image via Alia Nella / Facebook

Lihat sahaja corn dog keju leleh dari Korea yang viral ini, anda pasti menjadi lapar bukan?

Image via sethlui.com

Dengan luarnya yang crispy dan isinya yang lembut, memang syok! Tetapi kalau dibeli di kedai, harganya agak mahal. Tetapi untuk pengetahuan anda, resepi corn dog ini sebenarnya sangat ringkas untuk disediakan. Malah, lebih murah dan berpatutan! 

Untuk resepi corn dog homemade yang mudah, ikuti perkongsian resepi dari pengguna Facebook Alia Nella ini yang telah mendapat sebanyak 25k shares!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 telur
  • 3/4 cawan susu
  • Keju mozarela
  • Keju cheddar
  • Sosej
  • Serbuk roti 
  • Minyak (Untuk menggoreng)

Ikuti cara-caranya pula:

1. Gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk penaik dan juga garam.
2. Masukkan telur dan susu. Gaul sehingga sebati.
3. Potong sosej dan keju mozarela mengikut saiz yang anda mahukan. Cucukkan sosej dan keju.
4. Jika anda mahu keju tambahan, salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi.
5. Celup sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan tepung. Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti dan terus goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing.

Apabila corn dog sudah selesai digoreng, inilah hasilnya. Mudah betul!

Dengan resepi ini, anda boleh menyediakan corn dog keju sendiri di rumah. Dijamin lebih murah, berbaloi dan lazat kerana anda boleh mengubah suai resepi mengikut cita rasa anda. Anak-anak kecil juga pasti akan menggemari hidangan ini. Wajib cuba!

Sumber resepi: Alia Nella

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi best di sini:

You may be interested in: