makan

Lebih 15k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Kari Kambing 'Power' & Lembut. Delicious!

Jom hasilkan 'mutton curry' yang lazat dan ringkas ini. Tak perlu pressure cooker pun!

Cover image via Shamina Supramaniam / Facebook

Kalau dapat pekena lauk kari kambing bersama sepinggan nasi, memang layan!

Image via giphy.com

Memang tidak boleh dinafikan, lauk kambing agak payah untuk disediakan. Tetapi dengan cara yang betul, hasilnya begitu menakjubkan! Dengan teknik yang betul, anda boleh hasilkan kari kambing yang menyelerakan dan daging yang begitu tender sekali.

Untuk resepi mutton curry enak dalam masa yang singkat, ikuti resepi perkongsian pengguna Facebook Sheena Supramaniam ini yang telah mendapat sebanyak 15k shares. Senang je!

Apa yang menarik tentang resepi ini ialah ia tidak menggunakan pressure cooker untuk mendapatkan hasil daging kambing yang lembut. Jika anda tidak mempunyai pressure cooker di rumah, anda hanya perlu menggunakan periuk biasa dan pastikan periuk ditutup rapi. Resepi ini menggunakan lesung batu agar periuk sentiasa ditutup rapat.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan kisar

  • 10 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 10 ulas bawang merah kecil

Bahan-bahan lain

  • 1- 1.5 kilogram kambing
  • Rempah penumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
  • 1 sudu besar jintan manis
  • Segenggam daun kari
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 5 sudu besar kari ayam atau daging
  • Serbuk cili (secukup rasa)
  • 2 biji tomato (dipotong empat)
  • 2 biji kentang (dipotong kiub)

Jom lihat cara membuatnya pula:

1. Kisarkan bawang putih, bawang merah kecil dan halia. Ketepikan.

2. Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan rempah penumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih).

3. Masukkan jintan manis.

Image via fbcdn.net

4. Seterusnya, tambahkan daun kari. Goreng seketika.

5. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi.

6. Apabila bahan tumis sudah naik bau, masukkan kambing.

7. Tambahkan serbuk kunyit dan gaul sehingga sebati.

8. Tambahkan air secukupnya atau sehingga kambing sudah tenggelam.

9. Apabila sudah mula mendidih, masukkan sebiji tomato.

10. Pindahkan bahan-bahan ke dalam periuk dan tutupkan periuk. Biarkan reneh pada api yang perlahan selama 20 minit. Kacau setiap 10 minit.

11. Apabila kari sudah menjadi pekat, tambahkan serbuk kari daging atau ayam.

12. Masukkan juga serbuk cili dan gaul sehingga sebati.

13. Tambahkan kentang dan masak sehingga empuk.

14. Masukkan pula sebiji tomato untuk perhiasan. Anda juga boleh menambah daun sup.

Tips tambahan: Untuk mengelakkan daging kambing yang mempunyai bau hamis, cucikan daging kambing dengan serbuk kunyit. Anda juga boleh lebihkan sukatan untuk kunyit di dalam masakan. 

Apabila mutton curry sudah siap untuk dinikmati, inilah hasilnya! Tak perlu guna pressure cooker pun. :D

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Ikuti tips lembutkan daging di sini:

Jom check out banyak lagi resepi mudah di sini:

Leave a comment