5 Tips Mudah Untuk Melembutkan Daging & Elakkan Menjadi Liat Ketika Dimasak. Take Note!

Gunakan tips-tips penting ini untuk melembutkan daging dalam masakan anda tanpa pressure cooker.

Enlarge text
Cover ImageCover image via cookingwithdog & longisland

Pernah tak anda mengalami masalah daging liat? Walaupun anda sudah memotong daging mengikut ira, memasaknya pada api perlahan, tetapi masih tidak menjadi.

Image via null

Kegagalan menghasilkan hidangan daging yang lembut sememangnya sangat menyedihkan. Manakan tidak, daging lembu bukan murah untuk dibeli. Tetapi kini dengan petua-petua kami, anda mampu menghasilkan daging yang lembut dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk anda dapatkan di kedai. Tidak perlu menggunakan pressure cooker pun! 

Gunakan 5 tips di bawah untuk menghasilkan daging yang lembut:

Tips 1: Gunakan perapan yang berasid

Penambahan bahan-bahan berasid seperti cuka (putih, epal, balsamik), yogurt, susu mentega (buttermilk) ke dalam campuran perapan mampu membantu memecahkan fiber otot yang terdapat di daging. Selain dari cuka, anda juga boleh menggunakan buah-buak sitrus seperti lemon, limau nipis dan oren.

Antara daging yang sesuai untuk digunakan method ini ialah daging penggantung (hanger steak) dan daging lambung (flank) kerana daging ini merupakan daging dari bahagian otot. 

Tips ekstra: Cucuk permukaan daging anda menggunakan garfu dan rendamkan daging dalam perapan yang mengandungi bahan berasid selama 2 jam atau kurang. Elakkan dari memerap daging lebih dari 2 jam kerana akan menyebabkan daging menjadi lembik. Sekadar 30 minit sudah mencukupi. 

Image via recipessquared

Tips 2: Perapkan dengan buah betik, kiwi, nanas dan pear

Buah seperti betik, kiwi, nanas dan pear mengandungi kandungan enzim seperti Papain, Actinidin dan Bromelain yang mampu melembutkan potongan daging yang agak keras.

Anda hanya perlu mengupaskan kulit buah dan lenyekkan buah. Kemudian, ratakan buah yang dilenyek sebanyak dua sudu besar ke atas permukaan daging. Setelah daging diperap selama 30 minit hingga 2 jam, bersihkan daging menggunakan tuala dapur. 

Tips ekstra: Elakkan dari memerap daging lebih dari 2 jam kerana ia boleh menyebabkan daging menjadi terlalu lembik.

Image via friedchillies

Tips 3: Ketuk daging menggunakan pengetuk daging

Meat mallet ataupun pengetuk daging merupakan perkakas dapur yang efektif dalam melembutkan daging. Jika anda tidak mempunyai pengetuk daging, anda juga boleh menggunakan rolling pin. Dengan menggunakan teknik ini, daging bukan sahaja mudah untuk dipotong, malah mudah untuk dimasak dan dimakan. 

Tips ekstra: Letakkan lapisan plastik atau kertas minyak di antara daging dan pengetuk daging untuk mengelakkan pencemaran. 

Image via cookingwithdog

Tips 4: Masakkan secara perlahan (low-and-slow)

Teknik memasak secara perlahan seperti braising atau stewing ini sesuai untuk potongan daging yang mempunyai tisu penghubung yang banyak seperti daging dada (brisket), bahu (chuck) dan sepaha (round). Ini akan menghasilkan potongan daging yang lembut dan juicy. 

Tips ekstra: Pastikan daging dimasak di dalam periuk yang tertutup. Jika tidak, daging yang dimasak akan menjadi lebih kering dan keras. Gunakan periuk yang boleh menampung jangka masa masakan yang lama. 

Image via Azie Kitchen

Tips 5: Perap daging menggunakan garam

Sekiranya anda mahu menggunakan perapan yang lebih murah dan mudah untuk didapati, anda wajib sekali menggunakan garam. Walaupun agak pelik, tetapi sebenarnya garam sangat berkesan dalam membantu daging menjadi lembut. Ini kerana garam mampu untuk memecahkan fiber otot yang keras.

Tips ekstra: Apabila daging sudah sedia untuk dimasak, bilaskan daging dengan air dan lap kering menggunakan tuala dapur. 

Image via longisland

Dengan tips-tips di atas, daging liat sudah tidak lagi menjadi masalah. Malah, anda boleh mencuba pelbagai resepi tanpa perasaan takut. Selamat mencuba!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dah tahu cara-cara melembutkan daging? Jom cuba try masak pula:

Jom check out banyak lagi petua-petua dapur di sini:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: