Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Lebih 6k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Kobis Goreng 'Crispy'. Tak Sampai RM10 Pun!

Jom cuba hasilkan resepi snek kobis goreng yang paling mudah ini!

Cover image via Pari Malar Thoraisingam

Apabila meminum kopi atau teh pada waktu petang, anda pasti tercari-cari snek untuk dinikmati sekali bukan?

Image via giphy.com

Tetapi dalam masa yang sama, anda tidak mahu menyediakan sesuatu yang terlalu leceh atau susah. Oleh itu, resepi bunga kobis goreng rangup ini patut menjadi pilhan anda.

Bukan sahaja lebih sihat kerana hanya menggunakan sayur, malah mempunyai rasa rempah ratus yang mantap. Modal untuk menyediakan snek ini pun tidak mencecah RM10. Jom cuba? :D

Untuk resepi kobis goreng crispy dan lazat, ikuti perkongsian pengguna Facebook Pari Malar Thoraisingam yang telah mendapat sebanyak 6.5k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

  • Bunga kobis (dipotong)
  •  ½ sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 8 sudu tepung jagung
  • 6 sudu tepung beras
  • Garam dan gula (secukup rasa)
  • Perencah ayam atau serbuk perasa (optional)
  • 2 sudu tepung suji / semolina

Ikuti cara membuatnya seperti di bawah:

1. Potongkan bunga kobis kepada saiz gigitan. Pastikan tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

Image via Pari Malar Thoraisingam / Facebook

2. Masukkan serbuk cili.

Image via Pari Malar Thoraisingam / Facebook

3. Masukkan serbuk kunyit.

Image via Pari Malar Thoraisingam / Facebook

3. Masukkan serbuk ketumbar.

Image via Pari Malar Thoraisingam / Facebook

4. Kemudian, masukkan tepung jagung, tepung beras, garam dan gula. Anda juga boleh memasukkan serbuk perasa jika anda mahu.

Image via Pari Malar Thoraisingam / Facebook

5. Renjiskan sedikit air dan gaul sehingga rata.

Image via Pari Malar Thoraisingam / Facebook

6.  Masukkan tepung suji. Pastikan semua bunga kobis disalut dengan rata.

Image via Pari Malar Thoraisingam / Facebook

Image via Pari Malar Thoraisingam / Facebook

7. Dalam kuali, panaskan minyak. Gorengkan bunga kobis sehingga garing. Angkat dan toskan.

Image via Pari Malar Thoraisingam / Facebook

8. Gorengkan daun kari seketika untuk ditabur di atas kobis bunga garing.

Image via Pari Malar Thoraisingam / Facebook

Apabila kobis bunga goreng sudah siap, inilah hasilnya. Crispy, penuh rasa rempah ratus dan confirm sedap! :D

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi best di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment