Gerai Di Ampang Ini Menjual Pau Gebu Inti Bolognese & Carbonara Hanya RM3. Memang Best!
Pau berinti unik kini di Ampang, Puchong, Subang Jaya dan Melawati.
Apabila bercakap tentang pau, anda pasti akan terbayangkan teksturnya yang lembut dan isinya yang padat? Memang mengancam!
Memang tidak mustahil kuih ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia kerana intinya yang sesuai dengan semua cita rasa. Dari manis hingga savoury, pau ternyata snek yang sangat popular di Malaysia.
Dulu, kita hanya mempunyai pilihan inti yang tradisional seperti kari daging, kaya dan kelapa, kini kita boleh memilih pau yang mempunyai perisa barat seperti bolognese keju dan carbonara hanya di Pau Pak Ngah, Ampang.
Image via @paupakngah (Instagram)
Pau Pak Ngah di Bukit Indah, Ampang menyediakan pau gebu yang mempunyai inti unik seperti Pau Cheesy Beef Bolognese dan Pau Mushroom Chicken Carbonara
Lihat gambar-gambar yang menyelerakan di bawah:
Image via SAYS Makan
Image via SAYS Makan
Harga untuk sebiji pau yang berinti premium seperti Cheesy Beef Bolognese dan Mushroom Chicken Carbonara dijual hanya pada RM3.35 sahaja. Harganya sangat berpatutan kerana setiap pau diisi padat dengan inti ayam dan daging.
Pau Cheesy Beef Bolognese memang enak sekali kerana kuah bolognese yang sangat flavourful dan digabungkan bersama daging cincang dan sos keju. Manakala pau Mushroom Chicken Carbonara mempunyai kuah krim yang kaya dengan rasa bawang putih disamping penuh dengan ketulan ayam dan cendawan. Memang layan!
Lihat sahaja betapa padatnya isi pau ini!
Apa yang lebih menarik tentang Pau Pak Ngah ialah setiap pau dibuat secara handmade dan dihidangkan fresh dari pengukus untuk memastikan setiap pau panas dan lazat untuk dinikmati
Bukan itu sahaja, gerai ini juga mempunyai 12 perisa-perisa unik lain seperti rendang, sambal ikan bilis, spicy tuna mayo dan kelapa krème. Perisa-perisa yang tradisional seperti kaya, kacang merah, kelapa, dan kari daging dan ayam juga tidak kurang menariknya.
Image via @paupakngahmelawati (Instagram)
Image via @paupakngahmelawati (Instagram)
Kini anda boleh dapatkan Pau Pak Ngah bukan sahaja di Ampang, malah di cawangan mereka yang lain seperti di Puchong, Subang Jaya, Gombak dan Taman Melawati! :D
Anda teringin nak mencuba pau gebu ini? Dapatkan info penuh Pau Pak Ngah di sini:
Image via SAYS Makan
Cawangan Ampang
Alamat: 17g, Jalan Bukit Indah 5, Taman Bukit Indah, 68000 Ampang, Selangor.
Cawangan Puchong
Alamat: Jalan BP 7/2, Bandar Bukit, 47100 Puchong, Selangor.
Cawangan Subang Jaya
Alamat: 37A, Jalan SS 19/2, Ss 19, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Cawangan Melawati
Alamat: Cangkat Permata, Taman Permata, 53300 Kuala Lumpur.
No. Telefon: +6016-287 5125
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan
Jom check out banyak lagi makanan-makanan trending di sini:
Leave a comment