Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Hasilkan Korean Spicy Chicken Tanpa Pes Gochujang Menggunakan Resepi Ini. So Easy!

Tak perlukan Gochujang paste yang mahal! Hanya guna bahan-bahan yang ada di dapur sahaja seperti serbuk cili, sos tomato dan sos cili.

Cover image via @resepimakananMY(Twitter)

Resepi ayam pedas ala Korea yang viral ini dihasilkan hanya menggunakan satu kuali sahaja!

Image via Yummies4Dummies Cooking Channel (Youtube)

Siapa je yang tak gilakan Korean Spicy Chicken ini? Sudah tentu semua dah pernah try, apa kata kita cuba masak pulak? Resepinya mudah sahaja! Jom cuba. 

Resepi ini hanya menggunakan satu kuali sahaja. Tak perlu cuci banyak banyak kuali, senang kan? Resepi ini juga boleh dihasilkan dengan bahan yang ada di dapur rumah anda, tak perlu beli Gochujang paste yang mahal. Tunggu apa lagi? Jom, jom...

Bahan yang perlu disediakan:

Bahan-bahan perapan ayam:

  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Sedikit halia
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • Sedikit serbuk cili (boleh tambah ikut tahap kepedasan masing-masing)
Bahan-bahan sos:
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit minyak jagung
  • Lada kering (dikisar)
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu madu
  • 2 sudu gula perang
  • 1 sudu serbuk cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos cili 
  • 2 sudu bijan

Cara penyediaan:

1. Tumbuk bawang putih, lada hitam dan sedikit halia sehingga lumat. 
2. Perap ayam menggunakan bahan tersebut sekurang-kurangnya 30 minit.

Image via @resepimakananMY (Twitter)

3. Masukkan sebiji telur dalam ayam yang sudah diperap. 

Image via @resepimakananMY (Twitter)

4. Salutkan ayam dengan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk cili. 

Image via @resepimakananMY (Twitter)

5. Goreng ayam tersebut sehingga masak (pastikan guna api kecil). Toskan dan ketepikan.

Image via @resepimakananMY

6. Keluarkan minyak, tumiskan 4 ulas bawang putih dengan sedikit minyak jagung. Kemudian, masukkan cili kering yang dah dikisar dan garam secukup rasa.

Image via @resepimakananMY

7. Seterusnya, masukkan madu, gula perang, serbuk cili, sos tomato, sos cili dan bijan.
8. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng.

Image via @resepimakananMY (Twitter)

Image via @resepimakananMY (Twitter)

Mudah bukan? Inilah hasilnya bila dah siap. Nampak sedap! Anda juga boleh hidangkan dengan cheese sauce.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom cuba resepi-resepi mudah yang lain:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment