Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Ini Resepi Mee Kari Stail Cina Yang Ringkas & Sedap. Tak Cukup Satu Mangkuk!

Fuh, sungguh menggamit selera.

Cover image via Cik Puan Julieta (Facebook)

Bosan makan nasi? Ini masanya untuk anda tukar selera. Sedapnya kalau dapat makan mee kari panas-panas ni!

Image via GIPHY

Rasa kuah pedas-pedas berlemak, so creamy... Ditambah lagi dengan bahan-bahan lain dan tauhu kering, memang nikmat! Confirm dua tiga kali tambah.

Jom belajar resepi baru yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Cik Puan Julieta.

Bahan yang diperlukan:

Bahan utama:

  • 1 bungkus mee
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 bungkus kecil serbuk kari daging 
  • 1 mangkuk kecil cili kisar
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1 mangkuk santan
  • Tauhu kering
  • Fish cake
Bahan hiasan:

  • Telur rebus
  • Taugeh (dicelur)
  • Sawi (dicelur)
  • Limau nipis
  • Kacang panjang (dicelur)
Sambal: 

  • Segenggam cili kering 
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji bawang besar

Cara penyediaan:

1. Kisarkan bawang besar, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
2. Untuk kuah kari, panaskan minyak dalam periuk. Kemudian, tumiskan serai yang telah diketuk.  
3. Selepas itu, masukkan dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
4. Setelah itu, letakkan santan dan masukkan ayam. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 
5. Akhir sekali, masukkan tauhu kering dan fish cake ke dalam kuah.

Image via Cik Puan Julieta (Facebook)

6. Untuk sambal, rebuskan segenggam cili kering. Kemudian, kisarkan bersama sebiji bawang besar. 
7. Tumiskan sambal sehingga pecak minyak. Kemudian, perasakan dengan garam dan gula. 
8. Untuk mee, celurkan seketika supaya mee masak sepenuhnya.
9. Celurkan sawi, taugeh dan kacang panjang. Angkat, toskan dan hidang!

Image via Cik Puan Julieta (Facebook)

Mee kari yang beraroma dan menggamit selera telah pun siap dihidang. Jangan lupa cuba resepi ni tau guys. Selamat menjamu selera!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi yang mudah dan sedap?

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment