Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Lauk Ayam Masak Lemak Kuning Ini Pasti Akan Memikat Selera Keluarga. Confirm Tambah Nasi!

Lauk klasik Melayu ini sangat senang untuk dibuat dan pasti akan menjadi hidangan makan malam kegemaran yang tersayang.

Cover image via Seismik Makan

Sebut saja Ayam Masak Lemak pasti mulut semua ternganga terus, bukan? ;D

Memang syok betul kalau dapat menikmati kuah likat kuningnya yang penuh rasa lemak bersama nasi putih panas. Tambahan lagi aromanya yang cukup harum, selera pasti terangkat apabila dihidangkan lauk klasik Melayu berkuah ini. Terliur habis!

Confirm tambah nasi berkali-kali. 

Image via Giphy (@spongebob)

Untuk yang kurang berpengalaman di dapur, hidangan lauk Ayam Masak Lemak Kuning ini adalah antara menu masakan kampung yang seriously senang untuk dimasak sendiri.  Sesiapa yang nak try masak hidangan Melayu simple tapi sedap untuk keluarga, bolehlah cuba resepi ini.

Begini caranya untuk membuat lauk Ayam Masak Lemak Kuning dengan ringkas sekali:

RESIPI PENUH AYAM MASAK LEMAK KUNING

Serving size: Menghidangkan 6. 
Masa Penyediaan: 45 minit. 

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan:

Image via Seismik Makan

  • 2 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar minyak masak 
  • 6 ketul paha ayam (drumstick)
  • 2 biji kentang (dipotong kiub sederhana)
  • 300ml santan 
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji cili merah
  • 2 asam gelugur keping
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Image via Seismik Makan

Cara:

1. Kisarkan bawang merah, halia, dan kunyit hidup sehingga menjadi lumat. 
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisaran sehingga naik bau. 

Image via Seismik Makan

3. Masukkan ketulan ayam, kentang, santan dan air ke dalam periuk.
4. Masukkan cili merah, asam keping, serbuk kunyit dan garam. Renehkan selama 20 minit ataupun sehingga kentang sudahpun empuk.

Image via Seismik Makan

5. Lauk klasik Ayam Masak Lemak Kuning sudahpun siap untuk dinikmati! 

Lauk simple ini memang best kalau dinikmati bersama nasi putih panas, sayur goreng kicap, sambal terung dan sambal belacan. Confirm nak tambah kali kedua!

Image via Seismik Makan

SELAMAT MENCUBA!

Image via Seismik Makan

Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media social!

Dapatkan resipi lauk Ayam Kicap Lada Hitam minggu lepas kami di bawah:

Untuk dapatkan banyak lagi resipi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan pelbagai lagi resipi lauk ayam yang simple dan sedap di bawah:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment