Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Dapatkan Sushi 80 Sen Yang Asli, Sedap & Halal Di Restoran Jepun Di Damansara Utama Ini

Restoran FujiYama menjual sushi yang sangat murah, sedap dan best!

Jika diberi pilihan, peminat sushi pasti ingin menikmati sushi pada setiap hari.

Tetapi malangnya, harga sushi yang agak mahal hanya membenarkan kita untuk menikmatinya kadang-kadang sahaja.

Image via giphy.com

Namun begitu, kami membawa berita baik kepada peminat makanan Jepun di luar sana! Anda kini tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk menikmati sushi yang bukan sahaja sedap, malah segar juga. 

Restoran FujiYama yang terletak di Damansara Utama mempunyai menu 'happy hour' untuk pilihan sushi yang bermula dari RM0.80 hingga RM2.00. Murahnya!

Lihat gambar-gambar di bawah: 

Salmon Sushi Dan Scallop Sushi

Image via @gracestronomy (Instagram)

Beef Sushi

Image via @gracestronomy (Instagram)

Mango Sushi

Image via @gracestronomy (Instagram)

Apa yang menarik tentang restoran ini ialah mereka mempunyai jangka masa 'happy hour' yang lama iaitu bermula dari 11.00 pagi hingga 11.30 malam. Anda tak perlu terburu-buru! :D

Antara menu yang unik di restoran ini ialah beef sushi (RM1.50), mango sushi (RM0.80) dan juga eggplant tempura sushi (RM0.80). Walaupun agak lain daripada lain, tetapi hidangan-hidangan ini terbukti sangat enak. Memang wajib cuba! Selain dari sushi, harga sashimi di restoran ini juga sangat berpatutan dan berbaloi dengan hanya RM6 untuk satu hidangan sashimi salmon yang begitu segar.

Apa yang menarik di restoran ini juga ialah menu ala carte mereka yang dikenali sebagai 'New York Fusion'. Cantik betul!

Bersiap sedia untuk jatuh cinta apabila anda melihat gambar-gambar di bawah:

Salmon Belly Osaka Sushi

Image via @kaichowkahwai (Instagram)

New York Roll

Image via @amysam1989 (Instagram)

Seafood Martini

Image via @fujiyama_japanese_restaurant (Instagram)

Antara menu yang paling hangat ialah Salmon Belly Osaka Sushi (RM28.80) yang mempunyai sashimi perut ikan salmon yang tebal dan segar. Dipadankan pula dengan nasi yang penuh dengan aroma dan rasa bawang putih. Nikmat sungguh! 

Untuk sedikit kelainan, anda juga wajib mencuba New York Roll (RM30.80) yang mengandungi sushi tempura ayam, ketam dan dipenuhi dengan kentang goreng yang crispy bersama sos istimewa. Seafood Martini (RM32.80) juga sesuai untuk anda yang gilakan sashimi.

Jom makan sushi? Dapatkan info Restoran FujiYama di sini:

Image via FujiYama Japanese Restaurant / Facebook

Alamat: Restoran Fujiyama, No. 21 Jalan Ss21/60, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: 11.00 pagi - 11.45 malam (Setiap hari)

No. Telefon: +603-7732 6691

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out makanan-makanan murah ini:

Peminat makanan Jepun wajib check out tempat-tempat ini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment