Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

'Halo Pulis!' - Hidangan Viral Siput Sedut Cheese Membuatkan Netizen Berang

Siput sedut keju yang pelik tapi benar. Meliurkan atau meloyakan?

Cover image via imgur.com

Nampak gayanya fenomena 'fusion' keju di Malaysia tidak akan berganjak buat masa yang terdekat ini

Dari satay keju sehingga char kuey teow keju, memang ternyata rakyat Malaysia minat akan eksperimentasi makanan tempatan. Para pengusaha restoran juga tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk mencipta inovasi hidangan keju terbaru.

Cheesy Char Kuey Teow

Image via @muuubin (Instagram)

Tetapi sampai bila kita boleh biarkan fenomena ini berleluasa?

Image via giphy.com

Siapa sangka, siput sedut yang selalunya dimasak lemak cili api, kini dibanjiri kuah butter milk dan ditabur keju mozarela?

Siput Sedut Keju

Image via @izistesen_shellfood (Instagram)

Digelar sebagai 'Escargot Malaysia', hidangan siput sedut ini direbus terlebih dahulu dan digaul bersama mentega, susu dan cili padi. Bukan itu sahaja, hidangan ini juga ditabur dengan keju yang kemudiannya dibakar sehingga cair dan meleleh.

Hidangan fusion ini mula mendapat perhatian orang ramai apabila Malaysia Hari Ini telah membuat sorotan tentang makanan-makanan tempatan yang diinovasikan bersama keju

Tonton video di bawah (Mula dari 51:00 hingga 1:03:33):

Menurut pengusaha restoran Izi Stesen, Nur Syairah Zainal Abidin, ilham untuk menu ini tercipta kerana beliau mahu menyediakan hidangan yang mempunyai sedikit kelainan dari hidangan makanan laut lain di restorannya seperti shell out asam pedas dan kerang bakar.

Selain dari Siput Sedut Cheese, restoran ini juga menghidangkan beraneka makanan laut yang disaluti kuah mentega dan keju seperti Sotong Butter Cheese dan Lobster Garlic Butter Cheese.

Sotong Butter Cheese

Image via @izistesen_shellfood (Instagram)

Netizen memang tidak berpuas hati dengan idea menu Siput Sedut Cheese ini. Pelik beno!

Marah sungguh netizen dengan hidangan kontroversi ini:

Namun begitu, terdapat juga beberapa netizen yang mempertahankan hidangan ini:

Memang boleh difahamkan kenapa menu siput sedut keju ini dikecam teruk oleh netizen

Dimana pada kebiasaannya siput sedut disediakan sebagai masak lemak cili api, kini hidangan ini digandingkan bersama keju. 

Manakan tidak, siput sedut memang sesuai sekali dimasak lemak cili api. Ini kerana tekstur berlendir siput sedut yang enak bersama rasa pedas dan berempah pada masak lemak cili api. 

Adakah menu ini sudah melampaui batas ataupun ia hanyalah perbezaan cita rasa sahaja?

Image via @izistesen_shellfood (Instagram)

Nak cuba sendiri? Dapatkan info Izi Stesen di bawah:

Alamat: Izi Stesen, No 4 Gerai MBSA, Jalan Kuala Selangor, 47000 Sungai Buloh, Selangor. 

Waktu Operasi
5.00 petang - 12.00 pagi (Rabu hingga Isnin)
Tutup setiap hari Selasa.

No. Telefon: +6016-293 2345
 
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook 

Kami ingin tahu pendapat anda. Anda berani cuba? Jangan lupa untuk komen di bawah!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Check out restoran-restoran trending halal ini:

Jom cuba masak seafood di rumah:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment