seismik

[SHARE] Ini 10 Fakta Menarik Tentang Biodata Sultan Perak Iaitu Sultan Nazrin Shah

Ketika berusia 13 tahun, baginda telah berangkat ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian di The Leys School, Cambridge.

Cover image via Benar News

Semalam, 7 Januari 2019, Sultan Nazrin Shah telah diputuskan untuk memangku jawatan YDP Agong selepas peletakan jawatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V

Image from Instazu

Image via Instazu

Mungkin ramai yang masih belum mengenali Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ini dengan lebih rapat dan mengetahui tentang biodata baginda.

Oleh itu, di bawah kami menyediakan serba sedikit info tentang baginda yang mungkin ramai tidak tahu.

1. Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah diputerakan pada 27 November 1956

Image from Sultan Nazrin Shah

Image via Sultan Nazrin Shah

2. Baginda telah dimasyhurkan sebagai Raja Kecil Besar Perak pada 16 Febuari 1984 dan sebagai Raja Muda Perak pada 15 April 1987

Gambar sekadar hiasan

Image via Sultan Nazrin Shah

3. Setelah kemangkatan ayahanda baginda, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 28 Mei 2014, Dewan Negara Perak telah mencapai kata sepakat memilih baginda sebagai Sultan Perak XXXV

Baginda juga telah memegang gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan dimahsyurkan sebagai Sultan pada 29 Mei 2014.

Gambar sekadar hiasan

Image via Sultan Nazrin Shah

Gambar sekadar hiasan

Image via Sultan Nazrin Shah

Gambar sekadar hiasan

Image via Sultan Nazrin Shah

4. Baginda memulakan alam persekolahan di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga darjah 5

Baginda selepas itu telah menyambung pendidikan rendah dan menengah rendah daripada darjah 6 hingga tingkatan 2 di Sekolah St. John, Kuala Lumpur.

Setelah baginda berusia 13 tahun, baginda telah berangkat ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian di The Leys School, Cambridge. Kemudiannya, baginda memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford.

Diikuti pula dengan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard.

Image via Kosmo

5. Baginda juga merupakan Fellow Kehormat Worcester College, Universiti Oxford, Magdalene College, St. Edmund's College, Universiti Cambridge dan juga...

Ahli Pemegang Amanah Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Fellow Diraja Institusi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (Malaysia Institute of Defense and Security); Fellow Diraja Institu Kajian Strategi dan Hubungan Antarabangsa Malaysia (Insititute of Strategic and International Studies); Fellow Diraja Institut Keselamatan Awam Malaysia; dan Penaung Diraja kepada Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.

Image via Sultan Nazrin Shah

6. Baginda telah berkenan mengambil tanggungjawab sebagai Pengerusi Bersama Panel Kewangan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2015-2016

Perkara itu telah berlaku di atas jemputan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tuan Yang Terutama Ban Ki-moon.

Gambar sekadar hiasan

Image via Free Malaysia Today

7. Baginda juga pernah memenuhi peranan sebagai Duta Khas Malaysia menghadiri Dialog Antara Agama dan Antara Kebudayaan di konferens Perikatan Peradaban anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

8. Baginda diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dilantik sebagai Canselor Universiti Malaysia berkuatkuasa pada 16 Julai 2014

Gambar sekadar hiasan

Image via The Malaysian Times

9. Baginda berkenan menerima peranan sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Jurutera Diraja Tentera Darat & Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia pada 14 Ogos 2014

Gambar sekadar hiasan

Image via Sultan Nazrin Shah

10. Baginda telah diijabkabulkan dengan Tuanku Zara Salim pada 17 Mei 2007 dan dikurniakan dengan seorang putera, Raja Azlan Muzaffar Shah pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri, Raja Nazira Safya pada 2 Ogos 2011

Daulat Tuanku!

Image via Astro Awani

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment