[TERKINI] Sultan Nazrin Diputuskan Untuk Memangku Jawatan YDP Agong

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh sumber terdekat kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Semalam, 6 Januari 2019, telah disahkan mengenai peletakan jawatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V

Menurut laporan Malaysia Kini, Sultan Muhammad V telah berusaha untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku ketua negara dan berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan dalam kalangan rakyat.

Image via Berita Harian

Kenyataan rasmi media istana negara juga telah dikeluarkan mengenai peletakan jawatan ini.

Baca penuh di bawah:

Image via Malaysia Kini

Hari ini, 7 Januari, telah berlangsungnya Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang secara rasminya telah memutuskan supaya Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dilantik sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Image via Instazu

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Astro Awani, perkara tersebut telah dimaklumkan oleh sumber terdekat kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sendiri.

Keputusan ini juga telah dicapai susulan mesyuarat yang dihadiri oleh enam daripada sembilan Sultan di Istana Negara hari ini.

Antara sultan-sultan yang hadir pada mesyuarat tersebut ialah:

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajudin Syed Putra Jamalullail; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah; dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Shah.

Mesyuarat yang diadakan selama lebih satu jam itu turut menetapkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas majlis memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Butiran lanjut berkenaan mesyuarat hari ini akan dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment