"3 Bulan Tak Bayar" - Pemilik Rumah Bengang Penyewa Hantar Hadis Minta Tangguh Bayar Sewa
Penyewa itu pula ceramahkan owner kata menyusahkan hidup dia.
Menyewa bilik atau rumah sudah menjadi kebiasaan kerana kos sara hidup yang tinggi
Sudah pastinya, setiap sewa beli rumah atau bilik ada syaratnya tersendiri. Paling common sense, sebagai penyewa sudah tentulah harus mempunyai adab menyewa rumah.
Namun, lain pula yang terjadi apabila posting di Twitter tular mengenai salah seorang penyewa dilihat minta tangguh bayaran dengan memberi hadis-hadis telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Berikan hadis setiap kali owner minta bayaran
Menerusi posting berkenaan, kelihatan beberapa kepingan tangkap layar WhatsApp dimuat naik melalui akaun Twitter.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila setiap kali pemilik rumah meminta bayaran sewa dari penyewa, dia akan memberikan sebuah mesej panjang yang mengandungi hadis.
Penyewa rumah itu seolah-olah memberitahu pemilik rumah itu suka menyusahkan dan menyulitkan keadaannya.
Lihat posting seterusnya itu di bawah:
Image via @norazambudin (Twitter)
Image via @norazambudin (Twitter)
Image via @norazambudin (Twitter)
"Contoh jenis petik agama bahagian yang dia suka je. Bahagian dia tak suka iaitu wajib bayar hutang dia tak mention pun" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1K retweets, 225 quote tweets, 2K likes di Twitter, rata-rata netizen turut berang dengan perangai penyewa rumah itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Pelik betul dengan orang macam ni, dia pula buat orang yang tak bersalah rasa serba salah. Guilt trip orang pandai pula ya!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment