3 Tahun Tak Balik Beraya Sebab Belajar Jauh, Ibu Sebak Lihat Anak Akhirnya Ada Depan Mata
Mata masuk habuk.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi yang belajar di perantauan pasti tahu akan rasa rindu terhadap keluarga dan kampung halaman
Hanya dengan bertelefon saja dapat mengubat rindu apabila sudah berjauhan. Namun, ia semua demi masa depan sendiri. Lebih sedih apabila tidak dapat pulang beraya atas pelbagai sebab.
Tular sebuah video di TikTok apabila seorang lelaki membuat kejutan kepada ibunya selepas dia sudah lama balik untuk beraya mengundang sebak ramai.
Image via @etotoyen (TikTok)
Ibu tak tahu anak akan pulang beraya
Menerusi video tersebut, kelihatan ketika itu ahli keluarga sedang berada di sebuah kedai makan sambil salah seorang yang sedang merakam.
Difahamkan, anak sulungnya itu sudah lama tidak pulang beraya kerana belajar jauh di United Kingdom (UK).
Lelaki berkenaan dilihat berada di belakang ibunya. Tanpa ibunya sedar, dia bertindak memegang bahunya. Selepas saja ibunya menoleh, dia terkejut melihat anaknya itu berada di depan mata.
"Ya Allah, 3 tahun raya Aidilfitri tanpa along, kali ni along surprise ibu balik dari UK siap kena prank. Nangis ibu happy sangat-sangat, alhamdulillah," tulisnya.
Lihat video itu di bawah:
Siapa saja tak terkejut kan bila dah lama tak berjumpa :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment