5 Tips Cara Mudah Nak Elakkan & Hilangkan Sunburn Kalau Terkena
Jom amalkan sama-sama.
Fenomena bahang musim panas yang semakin teruk secara tidak langsung mempengaruhi mental dan juga emosi seseorang
Bukan itu sahaja, tapi cuaca panas juga dapat menyebabkan selaran matahari atau dipanggil sebagai sunburn di mana kita terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama. Ia menjadi amat menyusahkan dan ambil masa yang lama untuk membaikinya kembali.
Namun begitu, anda jangan risau kerana kami akan membantu anda untuk menghilangkan dan mengelakkan sunburn serta tampil dengan lebih yakin. Terdapat lima tips yang boleh anda gunakan untuk menghilangkannya.
1) Elak berjemur pukul 10 pagi dan 3 petang
Untuk sesiapa yang ada event atau pergi keluar berjalan-jalan, anda dinasihatkan jangan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung melebihi 30 minit. Anda juga harus menghindari sinaran matahari antara jam 10 pagi dan 3 petang, kerana pada waktu itu sememangnya radiasi ultra ungu sangat kuat.
Image via CNN Indonesia
2) Lidah buaya (Aloe vera)
Untuk mereka yang terkena sunburn, anda boleh menghilangkannya dengan menggunakan losyen aloe vera ataupun dapatkan beberapa tangkai daun tersebut dan ambil lendirnya.
Sapukan lendir aloe vera itu secara kerap di bahagian muka atau badan yang terkena sunburn. Bila dah kering, sapukannya lagi terutama sebelum tidur.
Lidah buaya juga dapat melembapkan kulit dan membantu dalam menghasilkan sel kulit yang baru.
Image via Vogue India
3) Mandi guna oatmeal
Anda boleh gunakan bahan oatmeal. Mandian oatmeal juga merupakan salah satu petua untuk hilangkan sunburn. Ia bukan sahaja dapat menenangkan kulit malah mengurangkan kegatalan.
Anda hanya perlu kisar satu mangkuk oatmeal, tuangkan dalam baldi dan gunakannya untuk mandi bagi merawat bahagian kulit yang terkena sunburn. Mudah je kan?
Image via Merah Putih
4) Gunakan teh hitam atau teh hijau
Kalau anda rasa malas nak beli bahan-bahan di atas di supermarket, jangan risau!
Anda boleh gunakan teh hitam atau teh hijau sahaja. Cara-caranya dengan letakkan 1 sudu teh hijau dan 1 sudu teh madu dicampurkan bersama-sama untuk dijadikan scrub di wajah.
Ia mengandungi tannins dan komponen lainnya yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit atau rasa pedih akibat sunburn dan melembapkan kulit yang kering dan kusam.
Image via Merdeka
5) Timun dan kentang
Gunakan timun dan kentang. Bahan-bahan ini amat mudah untuk didapati dan pasti sudah tersedia dalam peti sejuk.
Ambil timun dan kentang, potong secara kecil-kecil dan kisar sehingga hancur. Jadikannya seperti masker. Atau, anda boleh ambil beberapa biji timun kecil dan campurkannya dengan dua sudu susu tepung. Setelah campuran ini pekat, sapukan ke kulit yang terkena sunburn dengan rata.
Potongan timun atau kentang dapat menyejukkan kulit dan meredakan rasa sakit, rasa perit, rasa gatal-gatal dan bengkak.
Image via BP Guide
Mudah je kan langkah-langkahnya bukan? Malah, bahan-bahannya pun senang didapati di kedai berdekatan di rumah anda. Selamat mencuba!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment