Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

7 Perkara Yang Perlu Anda Ambil Tahu Sebelum Tunaikan Umrah Secara 'DIY'

Boleh rupanya pergi umrah tanpa ejen.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai telah memilih untuk menunaikan umrah secara DIY iaitu tanpa menggunakan khidmat ejen untuk ke tanah suci

Namun begitu, untuk menunaikan umrah tanpa menggunakan ejen ini memerlukan anda untuk membuat research terlebih dahulu bagi memudahkan urusan kemudian.

Kali ini kami kongsikan 7 perkara yang anda perlu ambil tahu untuk tunaikan umrah tanpa gunakan khidmat ejen.

1. Pasport & Tiket Kapal Terbang

Jika anda belum ada pasport atau pasport anda hampir tamat tempoh, pastikan anda renew dahulu untuk pastikan anda dapat uruskan masa dengan baik.

Untuk pembelian tiket kapal terbang, anda disarankan untuk mendapatkan tiket secara direct di laman web syarikat penerbangan itu sendiri dan bukannya menggunakan khidmat laman web third-party.

Image via @richardker (X)

2. Penginapan

Bila selesai sahaja urusan tiket ke sana, bermakna anda sudah mempunyai tarikh yang confirm berapa hari anda akan menginap di tanah suci dan anda boleh terus menempah penginapan anda secara atas talian.

Untuk penginapan di Madinah, anda boleh pilih untuk menginap di Ruve AlMadinah, dengan jarak lebih kurang 300 meter dari Gate 338 Masjid Nabawi. Menariknya hotel ini, sarapan yang disediakan kena dengan tekak orang Malaysia dan terdapat banyak lift yang disediakan untuk memudahkan pergerakan ke bilik.

Untuk penginapan di Mekah pula, anda boleh menempah penginapan di Pullman ZamZam Makkah yang hanya 50 meter sahaja jaraknya dari dataran Majidilharam. Bilik yang disediakan selesa, pemandangan kota Mekah dan lift yang disediakan juga banyak.

Image via booking.com

3. Visa & Insuran

Untuk visa, anda boleh pilih untuk mengambil visa pelancong. Harga visa untuk Arab Saudi adalah RM650. Anda boleh memohon sendiri visa tersebut di sini.

Visa ini boleh diguna pakai selama setahun dan boleh diguna untuk multiple entry tetapi sekali entry tidak boleh lebih 90 hari.

Untuk insuran pula, visa umrah yang berharga RM650 tersebut sudah disekalikan bersama insuran. Tetapi untuk kemudahan dari segi travel hassle seperti beg hilang dan penerbangan ditunda, anda boleh tambah lagi insuran seperti etika360 utk pakej spouse platinum berharga RM210. Ini adalah atas pilihan masing-masing sama ada mahu ambil atau pun tidak.

Image via travelandleisureasia.com

4. Pengangkutan

Terdapat banyak kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh kerajaan Saudi untuk jemaah umrah. Antara pergerakan yang jadi keutamaan untuk diambil adalah dari lapangan terbang ke hotel, untuk ziarah/miqat dan dari hotel ke masjid jika anda tempah hotel yang jauh dari Masjid.

Anda disarankan untuk menggunakan HHR Speedtrain bagi pergerakan dari lapangan terbang ke Madinah dan dari Madinah ke Mekah. Tiket boleh didapatkan secara atas talian di aplikasinya yang boleh dimuat turun di sini.

Untuk perjalanan dekat pula anda boleh gunakan teksi yang boleh didapatkan menggunakan aplikasi Bolt, Careem, dan Uber. Cara untuk menempah adalah sama dengan cara biasa kita menempah Grab di Malaysia.

Image via arabnews.com

5. Permit masuk Raudhah/Umrah

Untuk masuk ke Raudhah, anda perlu tempah awal di aplikasi NUSUK. Muat turun aplikasi tersebut dan tunggu sehingga hari Jumaat sebelum anda berlepas ke Mekah.

Setiap Jumaat slot akan dibuka untuk seminggu, pastikan anda cepat-cepat tempah slot. Jangan lupa tempah slot untuk umrah sekali kerana ianya penting sebagai bukti anda mahu tunaikan umrah.

Image via arabnews.com

6. Kad Sim

Jika anda rasa nombor yang anda pakai sekarang penting dan lebih mudah untuk berurusan, anda disarankan untuk membeli roaming service daripada telco masing-masing.

Sampai sahaja di sana, aktifkan sahaja mode roaming dan pakai nombor sedia ada seperti biasa tetapi elakkan daripada menjawab panggilan dan segala panggilan gunakanlah aplikasi Whatsapp atau video call sahaja.

Image via marketingmagazine.com.my

7. Makanan

Jika anda mahu berjimat, anda boleh bawa sendiri rice cooker dari rumah dengan sambal-sambal kegemaran anda.

Jika anda tidak kisah untuk berbelanja, anda juga disarankan bawa juga sambal-sambal yang mengikut tekak anda supaya lidah orang kita ini dapat juga rasa pedas-pedas di negara orang.

Image via dailyumrah.com

Kredit: Basyiroh Abu Bakar (Facebook)

Barulah mudah nanti kalau nak buat umrah pergi sendiri!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment