seismik

Suhaimi Saad Alami Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Terpaksa Guna Alat Bantuan Pernafasan

Dia pernah menganggotai kumpulan nasyid In-Team.

Cover image via @munsyidmalaysia (Instagram) & Kosmo!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suhaimi Saad dilaporkan kritikal di ICU di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor

Menerusi laporan Harian Metro, seorang sumber memberitahu bahawa bekas ahli kumpulan nasyid In-Team itu terpaksa ditidurkan dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.

"Suhaimi dikatakan mengalami jangkitan hingga berlaku kegagalan organ dalaman dan kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepenuhnya.

"Difahamkan dia mengalami batuk kronik sejak empat bulan lalu, cirit-birit selama tiga bulan dan berat badannya turun mendadak,"
katanya.

Image via Kosmo!

Doktor mengesahkan Suhaimi alami jangkitan kuman pada paru-paru

Menerusi laporan Berita Harian, isteri kepada penyanyi itu, Ina Naim berkata suaminya menunjukkan perubahan baik namun masih lagi ditidurkan.

"Setakat ini, doktor maklumkan suami alami jangkitan kuman pada paru-paru. Hasil ujian pertama, doktor mengesahkan Suhaimi bebas Tuberculosis.

"Untuk sahkan lagi, doktor sudah jalankan ujian kedua, tetapi kami masih menantikan keputusan.

"Buat masa ini, suami masih ditidurkan dan doktor maklumkan keadaannya kritikal, tetapi semalam oksigen berada pada tahap normal, cuma jantungnya masih lagi laju sekitar 130.

"Walaupun doktor mengatakan keadaannya kritikal, tapi saya yakin suami akan sembuh. Saya juga mohon doa orang ramai dapat bersama mendoakan Suhaimi,"
kata Ina.

Image via Kosmo!

Suhaimi mengalami batuk beberapa bulan lalu dan disangka hanya batuk biasa

"Kami ingatkan sebab makan buah banyak pada musim buah baru-baru ini menyebabkan Suhaimi batuk. Namun, lama-kelamaan batuknya menjadi semakin teruk sehingga sesak nafas.

"Bulan lalu, batuknya beransur pulih, tapi mengalami cirit-birit pula. Suhaimi ada selera makan, tapi tak sanggup nak makan kerana setiap kali makan akan buang air besar. Sebab itulah badannya susut sehingga tinggal 43 kilogram.

"Kami sudah ikhtiar macam-macam sehinggalah Suhaimi sendiri minta dihantar ke hospital. Dia bukan tak percaya hospital, cuma itu adalah ikhtiar terakhirnya," tambah Ina.

Semoga diberi kesembuhan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: