"Abang Dah Tak Mampu Jaga Adik" - Gelagat Adik Ini Buat Ramai Anak Sulung Boleh Relate
Betul-betul dah tak nak adik baru ya.
Menjadi anak sulung ini sebenarnya mempunyai tanggungjawab besar dan perlu memberikan contoh yang baik kepada adik-beradik
Sudah menjadi kewajiban sebagai seorang anak sulung untuk menjaga adik-adiknya. Selain itu, mereka juga perlu mempunyai sifat bertanggungjawab dan bertoleransi dengan adik-adik mereka.
Menerusi video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, luahan daripada seorang abang tentang perasaannya yang tidak mampu lagi untuk menjaga adik-adik telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Terus jawab 'tak nak' bila ditanya berkenaan untuk menambah seorang lagi adik
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kuatnanes, ibunya menanyakan soalan kepada adik ini berkenaan untuk menambah seorang lagi adik.
"Kehidupan abang dalam hati ini, dah tak mampu dah nak jaga adik". Jawapan yang diberikan itu betul-betul daripada luahan hati yang mendalam seorang abang daripada tiga orang beradik ini.
Rata-rata netizen menyatakan adik ini telah mewakili jawapan daripada anak sulung. Reaksi wajah adik ini ketika menjawab soalan ibunya juga buat netizen terhibur melihatnya.
Image via @kuatnanes (TikTok)
Image via @kuatnanes (TikTok)
"Sebab anak sulung yang jaga adik-adik, i feel you adik!" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini meraih 2.7M views, 338.4K likes dan 30.8K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan jawapan yang diberikan oleh adik itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @kuatnanes (TikTok)
Image via @kuatnanes (TikTok)
Image via @kuatnanes (TikTok)
Image via @kuatnanes (TikTok)
Terima kasih adik wakilkan kami sebagai anak sulung :D
Image via Giphy.com
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment