Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Abang Jual Daging Salai Selamat Jalani Pembedahan Implan Tempurung Kepala

Muhammad Sufi sebelum ini tular menjual daging salai untuk mengumpul dana kos pembedahan implan tempurung kepalanya.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Muhammad Sufi Abdul Aziz selamat menjalani pembedahan memasang implan tempurung kepala di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam

Menerusi laporan Harian Metro, proses pembedahan yang telah bermula pada jam 8.30 pagi itu telah selesai pada jam 1 tengah hari.

Ibu kepada lelaki berusia 36 tahun itu, Noraini Ishak berkata anaknya itu masih memerlukan penjagaan rapi di hospital walaupun telah berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan.

"Kalau saluran darah di kepalanya nampak baik mungkin beberapa hari lagi dia akan dibenarkan keluar hospital, tapi sekarang ini memang dia perlu dijaga. Dia perlu tenang dan tidak boleh serabut.

"Doktor nasihatkan dia tidak diganggu ketika ini, tak boleh tanya dia macam-macam atau temu ramah dia lagi, takut ganggu proses penyembuhan dia," katanya.

Muhammad Sufi sebelum ini telah menerima sumbangan RM15,000 dari Perdana Menteri.

Image via Berita Harian

Mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu membeli daging salai jualan Muhammad Sufi sebelum ini

Tambah Noraini, dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu termasuklah orang ramai yang banyak membuat tempahan membeli daging salai yang dijual mereka sebelum ini.

"Sekarang ini saya jaga dia di wad tapi saya ada upah seorang penjaga lain untuk dia, selepas dia sedar, dia cuba nak tarik tiub, sekarang ini doktor nasihatkan agar dia banyak berehat.

"Kalau diikutkan saya nak simpan dulu telefon dia sebab tak mahu dia berhubung dengan sesiapa, tapi saya rasa kasihan, kita doakan dia cepat sembuh," katanya.

Pembedahan memasang implan tempurung kepala itu pada awalnya telah dijadualkan pada 9 Mac depan namun prosedur itu telah dipercepatkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment