“Abang Nak Healing Dik” - Gelagat Bayi Cuit Orang Depan Dalam Flight Bikin Ramai Geram
Eee comelnya dia!
Sesiapa saja yang menaiki kapal terbang pastinya mahukan keselesaan tanpa gangguan lain betul tak?
Tambahan lagi jika orang dewasa yang tidak mempunyai anak, mereka pasti akan merungut jika terdengar tangisan bayi di dalam kapal terbang.
Namun, lain pula dengan situasi yang dihadapi oleh seorang lelaki ini apabila dia diganggu oleh seorang bayi comel telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Baru nak healing, sekali ada baby comel main cuit-cuit dari belakang
Menerusi video yang dimuat naik oleh @luqmanhkimrosli, kelihatan lelaki itu sedang menaiki kapal terbang untuk bercuti ke destinasi yang dituju.
Apa yang membuatkannya terkejut adalah apabila dia dicuit oleh seseorang di tempat duduk belakang.
Rupa-rupanya, kelihatan seorang bayi comel berpakaian warna kuning sedang seronok menyakat lelaki itu sambil tersengih tanda ingin membuat kawan.
Image via @luqmanhkimrosli (TikTok)
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 774.5K tontonan, 122.9K tanda suka serta 9K perkongsian di TikTok
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat comel dan lucu bayi itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @luqmanhkimrosli (TikTok)
Image via @luqmanhkimrosli (TikTok)
Image via @luqmanhkimrosli (TikTok)
Kalau comel macam ni, kena kacau banyak kali pun tak apa dik! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment