seismik

Lelaki Dedah Pemuda Minta Derma Cecah RM55K Bukan Scammer, Ini Adalah Sebabnya

Jangan terlalu cepat buat spekulasi.

Cover image via @cheajibsayang (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular di laman Twitter sejak semalam berkenaan seorang pemuda meminta bantuan daripada warganet untuk membiayai kos rawatan keluarganya yang kemalangan

Ramai sudah maklum, jumlah kutipan derma daripada warganet sudah mencecah RM55,000 sejak semalam dan ia menjadi bualan ramai gara-gara tindakan pemuda bernama @qarlwho yang tiba-tiba private kan akaun Twitternya.

Ramai pihak yang menabur fitnah mengatakan dia telah menipu dan membawa lari duit sumbangan orang ramai itu.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki telah berjumpa dan mendapatkan keterangan tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada pemuda tersebut.

Lihat ciapan penuh di bawah:

Bukan setakat itu saja, @qarlwho juga tampil memohon maaf atas tindakan di luar kawalannya memandangkan dia masih muda dan baru saja kehilangan ahli keluarga tersayang

Lihat bebenang ciapan daripadanya di bawah:

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan agar keluarga pemuda itu diberi kesembuhan dan ramai juga memohon maaf kerana membuat spekulasi lain pada awalnya

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada warganet di Twitter:

Siapa pun yang berada di situasi dia mesti akan rasa yang sama. Fikiran bercelaru tapi terpaksa jadi kuat demi ahli keluarga lain. Semoga dipermudah urusan keluarga awak dik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: