"Budak Intern Bukan Kuli" - Tak Terlepas Pandang, PM Ambil Cakna Isu Kebajikan Siswa
Semoga kerajaan tampil dengan usaha baru berkenaan isu ini.
Tular baru-baru ini berkenaan seorang mahasiswi sebuah universiti bertindak menggantung sepanduk bertulis 'Intern Bukan Buruh Percuma' di laman sosial Twitter
Cadangan yang dikemukakan iaitu agar pelajar latihan industri dibayar sama seperti pekerja fresh graduate telah berjaya mendapat perhatian ramai pihak termasuklah kerajaan.
Berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil prihatin berkenaan kebajikan para siswa yang ingin dilayan sama rata seperti pekerja biasa.
Pelatih industri tidak sepatutnya dianggap sebagai kuli, wajar diberi sedikit imbuhan
Menurut Perdana Menteri, beliau berpendapat bahawa pelatih industri tidak sepatutnya dianggap sebagai kuli oleh sesetengah majikan di syarikat, sedangkan mereka mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab ketika menimba pengalaman.
"Bukan gaji yang mereka tuntut kerana sebelum ini pun tiada rungutan. Berilah sedikit imbuhan meskipun tidak tinggi sekadar untuk lepas perbelanjaan harian. Kebajikan mereka perlu dibela kerana dengan sedikit perbelanjaan akan melegakan bebanan untuk makan dan kos,” katanya.
Tambah beliau lagi, sebagai penuntut tentunya mereka turut menghadapi kekangan kewangan khususnya pelajar yang datang daripada keluarga miskin.
DSAI menyeru pemain industri yang terlibat dengan penempatan pelatih mengambil langkah positif sebagai sebahagian khidmat sosial korporat dan menganggap pelatih terbabit sebahagian daripada keluarga syarikat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!